Pages

Monday, June 11, 2012

Promote Tahun Melawat Terengganu 2013

Promote sket Terengganu ni sbb tahun depan Tahun Melawat Terengganu.. kerap betul kerajaan Terengganu mempromosikan negeri mereka, last aku ingat TMT pada tahun 2008 bersama dengan KEDAH dan KELANTAN. Memang xdapat dinafikan Terengganu mmg unik dan cantik (xpenah pergi lagi) ..hehehehe . walaupun aku orang Langkawi tp bagi aku Terengganu ada aura tersendiri ..


Maklumat lanjut : TEGANUKU

Sunday, June 10, 2012

Cinta ALLAH, Sayang Rasulullah, Rindu Muhammadku : Kerana Aku Umatmu


suka dgr lagu ni :)

ULAT PADA OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI








Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).
  Pesanan dari saya berhati-hatilah memakan sushi dan sashimi kerana anda mungkin akan menjadi seperti ini jika terlalu banyak memakan makanan mentah seperti itu. Jelaslah disini bahawa Islam itu adalah sempurna. Di dalam Islam umatnya dilarang memakan makanan mentah kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Kisah ini jelaslah menunjukkan bahawa agama Islam itu cukup sempurna buat manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
sumber : PENULIS SENJA

Penghargaan Buat Kawan2 di FB


Aplikasi dlm Facebook ni mmg bermakna bagi aku..sebab dia memaparkan semua nama kawan2 kita di FB yg sering rapat dengan kita.. tahap KERAPATAN tuh dijelmakan melalui saiz tulisan.. yg tulisan besar2 tuh la yg paling rapat.. bagi kawan2 yg tgok tulisan nama FB depa  besar2 mesti terharu kann.. hehe... suatu penghargaan kepada kawan2 di fb yg selama ini sudi buang masa bersama aku di FB sama ada hanya mengeLIKE status aku saja.. tuh pon cukup bermakna bgi aku :)


*** Sapa nak try aplikasi ni cuba disini : Senarai Kawan-kawan Anda

AKU DAH GEMOKKK !!!!



***SEJAK HABES STPM NI AKU SEMAKIN MONTEL DAN SIHAT... ARGGHHH.. SKRANG NI TGH BERUSAHA MERAMPINKAN BADAN BALEK.. TD ONLINE FB, KAWAN SEPERJUANGAN MENUNTUT HAK UNTUK KURUS AKU (DIN FELO) HANTAR TIPS  UNTUK KURUS ...





Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..


1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

sumber : PenPatah

Buang waktu depan laptop

Hari2 tanpa internet mmg boring.. tpi kalau ada line internet ja laptop aku ni la sasaran utama.. kesian jdi mangsa rabaa keypack.. hahaha.... kadang2 aku terpikir . setiap kali benda yang aku online. benda apa yg kerap dibuka... oke.. bgi aku la kann ... benda yg wajib bukak adalah :


  1. Facbook

  2. Youtube

  3. Skyscrapercity

  4. UUM Portal

  5. Sinar Harian

  6. Stalk blog org

  7. Cerita blue (maen2 je.. hahahha)

tuh je laa.. tpi byk lgi la yg aku bukak.... smpai aku ni lebam bijik mata... haha... 



Final Exam Lagi

Dulu aku penah peost pasal aku dpt tawaran ke Universiti Utara Malaysia, pejam celik pejam celik aku dah di penghujung Semester kedua.. huhh... lama tuh x update status.. hahahaha !!! . Sem lepas result final exam agak memuaskan laaa... hehehe .. tpi utk sem kedua ni agak menggerunkan... smlam dah mula satu paper... xkuduga paper Malaysian Economic xsemudah yg disangkakan... ARGHHHHHHH!!!! . rsanya sem ni pointer aku menurun.. hmmmmm apa2pon aku harap MIRACLE berlaku utk aku jawab exam ni.. heheheee...

 

*yeasss2... xlma dah nak balikkk !!!!