***SEJAK HABES STPM NI AKU SEMAKIN MONTEL DAN SIHAT... ARGGHHH.. SKRANG NI TGH BERUSAHA MERAMPINKAN BADAN BALEK.. TD ONLINE FB, KAWAN SEPERJUANGAN MENUNTUT HAK UNTUK KURUS AKU (DIN FELO) HANTAR TIPS UNTUK KURUS ...
Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu
berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang
perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan
sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara
kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..
1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak
terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke
bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan
selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan
berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.
2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga
sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki
sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan
selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat
laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai
langkah paling mudah mengelakkan penyakit.
3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang
sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah
mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk
melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan
buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara
paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan
kesihatan organik berasaskan herba.
4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada
alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan
sihat.
5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula
dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur
bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata
mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan
ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan
dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah
kesihatan diri boleh dikurangkan.
6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa
teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak
bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses
kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten,
menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan
seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang
tidak meninggalkan makan pagi.
7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika
ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil
bersama.
8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda
makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah
secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.
9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit.
Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi
hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia
adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan.
Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.
10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat
demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh
melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang
berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk
menikmati cara hidup sihat.
11. Jaga Tindakan
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik
mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak
menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi
sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.
12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara
dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah,
kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV
bukan pembunuh, jika dikesan awal.
sumber : PenPatah
hahahhaa, sat g kurus laa. org ajak jog x nak. hehhh
ReplyDeletehahhaaaa... xmauskaraNG NI...bz exam.. sem depan bole r..ekeke
ReplyDelete