CADANGAN JAMBATAN PUTUS KUALA SANGLANG KEDAH KE LANGKAWI "GERBANG MAHSURI".
(KEMUKA PADA TUN DR.MAHATHIR PADA TAHUN 2005)
ILHAM DARI YB. DATO' IR.NAWAWI BERSAMA SUNAN ARCHITECT @ IRAS CIPTA DESIGN
(KEMUKA PADA TUN DR.MAHATHIR PADA TAHUN 2005)
ILHAM DARI YB. DATO' IR.NAWAWI BERSAMA SUNAN ARCHITECT @ IRAS CIPTA DESIGN
Assalamualaikum, inilah lakaran jambatan putus yang dicadangkan. Bagi cadangan saya, cadangan ini boleh diterima pakai bagi menggantikan projek Jambatan Langkawi - Kuala Perlis yang pernah dicadangkan suatu ketika dahulu. Hal ini kerana cadangan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis memang tidak relevan bagi saya sebagai penduduk Langkawi kerana jika di realisasikan akan mendatangkan beberapa faktor yang negatif seperti :
- Industri perhotelan akan terjejas
- Pengusaha kereta sewa akan bankrup
- Pengusaha Ferry turut terjejas
- peluang pekerjaan akan berkurang
- Hilang status 'Bebas Cukai'
- Pencemaran akan bertambah
- Berlaku kesesakan lalu-lintas
Hal ini semuanya akibat kemasukan pelancong secara terus menerus dengan menggunakan kenderaan sendiri memasuki pulau ini tanpa sebarang kawalan, ada juga pelancong yang datang hanya untuk membeli-belah dan pulang pada hari yang sama tanpa menginap di Pulau Langkawi. perkhidmatan feri dan kereta sewa tidak diperlukan kerana mereka sedia ada mempunyai kenderaan sendiri. Sudah tentunya pencemaran alam sekitar akan bertambah kerana kemasukan kenderaan secara berterusan tanpa kawalan .
Banyak lagi jika diambil kira impak pembukaan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis. Pulau langkawi sememangnya sebuah pulau peranginan yang terkenal, tetapi kebanjiran pelancong hanya berlaku apabila waktu cuti sekolah sahaja. Langkah-langkah untuk mencari penyelesaian masalah ini diperlukan agar kemasukan pelancongan di langkawi adalah berterusan dan dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk pulau ini. Bagi pendapat saya, keperluan untuk mempunyai jambatan antara satu usaha menarik pelancong berterusan ke pulau ini. Sudah cukup dengan cadangan Jambatan Putus Langkawi-Sanglang. Hal ini dapat mengehadkan kemasukan jumlah kenderaan dari luar ke Langkawi adalah terkawal, khidmat feri masih diperlukan, dari perspektif lain, keperluan penduduk langkawi juga dapat apabila jambatan ini dibina, sudah tentu tambang feri akan berkurangan jika dibandingkan dengan sekarang, isu tambang feri masih belum ada jalan penyelesaian kerana saban hari ianya akan meningkat mengikut tuntutan semasa.
Walau apapun, projek "Gerbang Mahsuri" ini masih di peringkat perancangan. Bukan mudah untuk merealisasikan projek ini kerana peruntukan pembinaannya bukannya hanya cukup untuk membina sebuah rumah. Ianya melibatkan berbilion-bilion ringgit. Namun begitu, kerajaann rasanya mampu untuk membinanya jika diambil kira faktor jangka masa panjang dan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap penduduk Langkawi. Kita ambil contoh, sumbangan Jambatan Pulau Pinang pada hari ini amatlah besar dari aspek ekonomi sosial dan politik penduduk di Pulau Mutiara itu pada hari ini walaupun pada peringkat awal pembinaanya terdapat tentangan kerana memerlukan peruntukan yang banyak. tidak mustahil perkara ini boleh dilaksanakan di Langkawi. Walaupun hanya sekadar "Jambatan Putus", Langkawi mampu memberi limpahan ekonomi kepada negara dan penduduknya. bukan itu sahaja, penduduk di sekitar Negeri Perlis dan Utara Kedah juga akan menerima tempias pembangunan akibat pembinaan jambatan ini jika diambil kira kemajuan Seberang Perai di Pulau Pinang pada hari ini. Oleh itu, harapan menggunung agar jambatan putus ini dapat direalisasikan dan bukan hanya sebuah cadangan di atas sehelai kertas sahaja ~ :)
Terbaik (^_*)
ReplyDeleteKalau nak buat jambatan putus pun tiada masalah tetapi kenapa tak mahu buat bermula dari kuala perlis. Bukan kah ia lebih dekat. Kita fahamlah langkawi merupakan sebahagian daripada Kedah tapi dari segi geografi perlis lebih dekat dengan langkawi jadi jarak perjalana lebih dekat..
ReplyDeleteJambatan sudah siap ke blm.
ReplyDeleteBelum
ReplyDelete