Assalamualaikum, tengah-tengah malam ni termenung seorang diri teringat zaman hingusan dulu-dulu. Aku teringat zaman persekolahan aku dari tadika sehingga aku dah besar panjang sekarang ni. haha. Memang seronok bila difikirkan, menjadi kenangan manis dan pahit jika diingatkan. Ok !! . aku nak share serba sedikit perjalanan hidupku di alam persekolahan sehingga menjejaki menara gading ni ....
1. TADIKA KEMAS KAMPUNG SUNGAI ITAU
TAHUN :
1996
CATATAN :
Tadika Kemas ni dekat ja dgn kampung aku, pagi2 aku jalan kaki ja pi sana. Nama cikgu yang mengajar kami ialah Che Puteh. Orang kampung tu jugak Tapi x best sebab anak Cikgu Che Puteh suka buli budak2 lain termasuk saya.. heheheeee !!
2. SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD
TAHUN :
1997- Pra Sekolah SKPA
1998- 1 Bijak
1999- 2 Bijak
2000- 3 Bijak
CATATAN :
Aku start masuk sekolah ni seawal Pra Sekolah. Kat sini lagi best dari Tadika Kemas tadi. Kat sini ramai juga la kawan-kawan yg aku dapat. hehe. Aku melangkah darjah 1 pon di sekolah yang sama sehingga ke darjah 3. Tapi aku pindah ke sekolah lain semasa bulan April tahun 2000. Yang aku ingat cikgu kelas kami ialah Cikgu Ibrahim ( dari darjah 1 sampai darjah 3).Antara kawan-kawan yang aku masih ingat adalah Sani, Zukri, Nazri, Asmidar, Azizah, Dayang Suraya dll.
3. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI
TAHUN:
2000- 3 Mawar (daftar masuk bulan April)
2001- 4 Seroja
2002- 5 Cempaka
2003- 6 Campaka
CATATAN:
Aku mula masuk SKSN pada bulan April atas sebab aku berpindah ke Pekan Kuah, kiranya SKSN ni sekolah rendah terbaik di Langkawi la... sbb tuh aku agak bangga pindah ke sini.. hehe.. Aku masuk mendaftar ke 3 Mawar (kelas kedua paling belakang). Kejutan bagi aku sbb sekolah pada sesi petang (pengalaman baru). hehe.. kat sekolah ni fasiliti lebih complete la kalau nak banding SKPA. student dia pon bole tahan. skolah ni siap ada pasukan pancaragam lagi. Tapi disebalik itu semua, aku nak cerita pasal aku.. bukan pasal sekolah ja, Cikgu pertama yg aku kenal ialah Sir Zaki (cikgu kelas 3 Mawar), Cikgu Norhisyam, Cikgu Wan Nordiran, Mama Balkis, Cikgu Suraya, Cikgu Atikah dan byk lagi. x tersebut.. Rumah sukan aku rumah hijau iaitu TOK JANGGUT. Unit Uniform aku adalah PENGAKAP. .. Aku pernah jadi ketua kelas masa darjah 5... hehe... nak sembang pasal kawan mmg ramai la. Pengalaman yang paling best masa kat sini mmg byk . tpi paling x lupa masa Kem Kecermelangan UPSR kat Desa Utara Pedu Lake Resort dimana sekelas kawan-kawan lelaki aku dihantar wakil sekolah ke kem disitu selama seminggu.. best uh.. hehe. Kat sekolah ni jugak la aku menduduki UPSR.. nak tau dpt brapa ? 4B 1C... mmg bodo waktu ni.. pi sekolah nak main ja.. bukan belajaq sngat. hahaa
4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHSURI
TAHUN:
2004- 1 E
2005- 2 D
2006- 3 B
2007- 4 ICT
2008- 5 ICT
2009- P1T1
2010- P2T1
CATATAN:
aku melangkahkan kaki ke alam menengah di SMKM yg terletak berhadapan SKSN ja. ni la satu-satunya sekolah yg BANYAK GILA KENANGAN DISINI .. nak cerita mmg panjang. Intro sat pasal sekolah ni. SMKM ni ditubuhkan sekitar 60an dan antara sekolah menengah terawal di Langkawi. SMKM merupakan sekolah menengah terbaik di daerah Langkawi sama ada dari kurikulum dan kokurikulum. Dalam nidang akademik. pestasi SMKM belum pernah dicabar mana2 sekolah menengah disini sama ada PMR, SPM mahupun STPM..semuanya mahsuri yg pegang. Dalam bidang sukan pulak, ketika kejohanan MSSD, Mahsuri sgt digeruni, spanjang MSSD diperkenalkan di daerah Langkawi, hanya 3 kali saja Mahsuri terlepas gelaran juara keseluruhan. Sebaliknya perpuluh2 edisi MSSD Mahsuri adalah Juaranya. Antara bekas-bekas pelajar yang kita kenal adalah seperti AZIZ DESA (Pengacara TV), Aidil Marchello (Pengacara TV), Amelia AF3 (Penyanyi) dan beberapa orang lagi. dan bukan dari dunia hiburan sahaja ahli sukan pon ada seperti atlet perahu layar kebangsaan.. atlet2 perahu layar semua berkampung ke sekolah Mahsuri sbb Akademik Perahu Layar Kebangsaan berada dekat dgn sekolah Mahsuri. hehehe.. Selain itu, student SMKM adalah seramai lingkungan 2000 orang. Terdapat dua sesi kelas iaitu Form 1-2 di sesi petang dan form 3-6 sesi pagi.
Berbalik kepada Cerita aku..kat sekolah aku dok rumah sukan Biru(Bendahara)... Unit uniform xmenentu (suka lari perjumpaan).. hehe.. antaranya PBSM, Kadet Polis, Unit Trafik Sekolah... masa form 1 plak aku dok kat kelas 1E, antara kelas "terpandai" hahaha... banyak betul kelas sampai x terkira. Dari kelas RK sbyk 5 kelas (kelas budak pandai2), sampai ke kelas A hingga kelas L.. haaa.. byk kann.. bila ditotal semuanya sbyk 17 kelas utk Tingkatan satu ja. Masa ni aku jadi Ketua tingkatan.. antara kawan2 terakhir yg aku jumpa masa form 1 spt Azfar, Fhatin, Syafikah, Nazwan, Allahyarhamah Halijah. Masuk Form 2 aku kekurangan kawan2 baik sbb ada sekolah mengengah baru dibukak iaitu SMK Kelibang (skolah atas bukit).. byk kawan2 pindah.. aku sunyi .. huhu.. disebabkan itu aku xda main2 sgt dlm kelas .. aku belajar ja.. akhirnya tanpa disangka prestasi aku dlm kelas meningkat.. hahaha .(jadi budak pandai).. lepas tu ja rmai nak kawan ngan aku. kehkeh... ** Pengajaran.. bila kita pandai baru org nak berkawan .. masa ni antara kawan baik aku Muadzam, Najmi, Mat Am, Atikah, Afikah, Fhatin Zawana, Nadzirah, Mokhtar, Badrul, Syahrizal dan ramai lgi laaa.. Form 3 aku naik kelas 3B.. kawan2 aku pon rmai yg dok kelas sama.. aku dok sebelah Muadzam yg sentiasa menjadi saingan aku. haha.. aku dgn dia adalah Top 3 dlm kelas. hehe... sering fight... tpi Fatin Zawana sentiasa menang.. haha.. tpi masa ni dah terlalu pandai mak aku hadiah KOMPUTER... siap pasang internet lgi. haha... mmg mengadap komputer jaala.... smpai prestasi aku merosot. haaha.. last waktu PMR aku dikalahkan Muadzam.. huhu...result ? rahsia.. hahaha...
Masuk ja menengah atas aku masuk kelas ICT... Cikgu kelas aku adalah Puan Rohana... antar kelas2 yg aku xbest masa form 4 la.. haha.. jdi MANDOM.. kehkeh... tpi waktu form 5 agak best la.. dok dlm kelas mnyembang ja... kawan seperjuangan adalah APEK. kahkah.. kerja mengutuk org ja... belajaq xseberapa.. akhrinya result SPM pon x seberapa... huhuhu.. nak cerita pon mmg byak la... xterbaca kot...
Tapi antara tahun-tahun yang paling best adalah ketika waktu FORM 6.. mmg best gila masok FORM 6 ni... rugi kepada kawan2 yg keluar semata2 nak ambek DIPLOMA.. haha.. dalam kelas semangat PERSAHABATAN tuh mmg akrab.. dalam kelas kami ada 16 orang.. antaranya aku, Aizaf, Dolah, Sani, Anas, Abg Long, Shah, Fatin Tikah, Munirah, Mas, Nik, Jessy, Fenn, Melia dan Dilah.. time ni la waktu pecah pala... mmg time gila2.. haha... tpi dlm gila2 tuh kmi xlupa pada pelajaran... dah tahun kemuncak.. mna boleh main2 terlebih... tpi mmg kmi kaki main2.. haha.. dok dlm kelas bergosip, mengutuk org.. aku plak suka buli ketua pengawa Shah.. kahkah... jahat oiii.. Masa Form 6 ni aku pegang jawatan sbg Exco Informasi dan Komunikasi MPU, Pengawas Perpustakaan, Presiden Kelab Bola Tampar, Timbalan Pengerusi Rumah Sukan Bendahara, Setiausaha Persatuan Geografi dan Sejarah.. haaa.. pemes aku masa ni... sampai ada adik2 junior mengorat.. hahaha.... aktif2 juga. STPM jgn lupa.. haha.. akhirnya setelah aku menduduki STPM... keluarkah result... alhamdulillah result aku layak ditawarkan ke Universiti.. terima kasih kepada cikgu2 di Form 6 spt Cikgu hashim,Cikgu Anis, Cikgu Azmahani, Cikgu Intan, Cikgu Fauzi, Teacher yg disayangi :), Sir Zul, Kak Zita, byk lgi laa.. hehe.. tanpa depa aku xkan melangkah ke peringkat seterusnya....
5, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
TAHUN:
2011-2014 (sekarang)
CATATAN:
Setelah tamatnya alam persekolahan, aku melayakkan diri ke peringkat Pengajian tinggi berbekalkan result STPM.. hehe... aku menerima tawaran ke UUM dan kos yg aku minta ialah Bachelor Development Management with Honour.. akhirnya mimpi menjadi realiti.. hehe.. Terpaksa berpisah dgn kawan2 baik aku semasa di Form 6 kerana masing2 dah bawa haluan masing2... tpi aku beruntung sbb majoriti classmates aku dpt tawaran ke UUM iaitu Fatin, Fenn, Jessy, Dolah, Kak Yah, Has, dan Amelia. haha.. rmai kan :). disinilah aku sekarang.. Masing mengejar impian... namun aku kat sini aku dpt kawan2 baru,,, tuh la kitaran hidup.. xbole lari semua ni.. tapi bila diingatkan perkara2 yang pernah dilalui selama ini mmg terlalu byak utk diceritakan... aku msok u ni pon dulu2 hanya mimpi ja... x sangka jdi realiti :).. sekarang dah masuk final exam semester kedua dah.. direnungkan kembali aku dari tadika ke menara gading ni mmg manis utk dirasa. pahit utk ditelan... apa2pun perjalanan hidu aku masih panjang... insyaallah jika diizinkan dan diredhai oleh ilahi lagi aku mampu mengecapi semua perjalanan ini... sekian :)
Assalamualaikum sahabat.. dh msuk 3 kli try nk comment kt sni..6pak sgt google jeles.. maaf, kte same batch sksn since standard 3.. tp serius sy x bley nk detect awk ni sape.. seingt sy, tym stndard 3 dlu, ade 2 owg je bdk bru.. zulaikha n balkis.. ke sy yg salah thn.. awk ingt x member 3 mawar dlu? puteri anis, syafini, saiful, hakim, nabil.. klu awk lgsung x knal, tht means, sy salah owg la..
ReplyDeleteAssalamualaikum sahabat.. dh msuk 3 kli try nk comment kt sni..6pak sgt google jeles.. maaf, kte same batch sksn since standard 3.. tp serius sy x bley nk detect awk ni sape.. seingt sy, tym stndard 3 dlu, ade 2 owg je bdk bru.. zulaikha n balkis.. ke sy yg salah thn.. awk ingt x member 3 mawar dlu? puteri anis, syafini, saiful, hakim, nabil.. klu awk lgsung x knal, tht means, sy salah owg la..
ReplyDeletebru teringat..ade sorg lg bdk bru.. hishamuddin.. awk ni yg mne stu? curious la..sbb xtaw awk ni laki ke pmpuan..
ReplyDelete