Minggu lepas sebelum masuk kampus semula utk menduduki final exam. Sempat lgi pi Majlis Perkahwinan Pengarah Filem yg berjaya sekarang ni.. sapa x kenal Osman Ali (pengarah filem Ombak Rindu) pada 2 Jun 2012 di Kampong Bohor Merah . Sempat jugak la begambar dengan Remy Ishak, Maya Karin dan Farid Kamil...
Bersama Maya Karin..:P
Tapi yg syoknya.. sapa pi kenduri ni dah bukan macam kenduri kahwin Osman Ali bekahwin pulak... org berkerumun kat retis2 ja.. biasa la tu kann, bukan senang nak jumpa retis ni... yg lawaknya.. ada yg pi kenduri ni hanya semata2 nak bergambar ja.. makan pon x dah.. sbb kenduri kahwin pada hari ni mmg banyak .. kat Ayer Hangat ja dah 3 buah rumah (tapi aku pi kenduri ni ja).. hehe... habes begambar+makan pa.. aku ngan Mak aq dan Sepupu aku nek keta nak balik.. terserempak dgn 3 org retis ni iaitu Farid Kamil, Diana Danielle dan Maya Karin rupa2nya naik motor 2 org sekali pi kenduri.. tergelak org kampong.. kahkahkah,,,, tuh la .. ingat retis ni high class sgt.. tpi depa pon biasa ja...
Balik Kenduri oiiii ~
hahaa... ni la yg aku cerita tuh.. dengan xpakai helmetnya.. diana danielle ja pakai.... lepas tu.. kami follow depa sebab alang2 kami dah lalu jalan yg sama... tpi tiba2 kami xnampak depa... lepas tu kami terserempak pulak Farid kamil merempit dengan Diana Danielle lalu ke jalan Ulu Melaka sambil bepeluk2an (org bercinta camtu laaa )... rupa2nya depa tinggal Maya Karin kat mana tah.. rasanya kat Pasir Hitam kot.. tpi mmg best la bole begambar ngan depa... tekilan xdpt bergambar dgn Diana Danielle ja.. unn gila oii... kalau Farid xngorat aku msok line dulu.. wakakakakakaa~
Akhirnya setelah hampir setahun tidak bergiat aktif dalam benda ni.. kali ni aku kembali semula untuk update2 sepatotnya (tu pon klau rajin la) hehe... kali ni apa benda xpuas hati, cemuih, geram, gila, lawak, apa semua benda ja nak post ja...tpi mmg jdi tempat lepas geram laaa... x kesah la ada org tgok ka x.. jnji kepuasan tuh ada... hal ni kerana update status kat fb da x best sgt.. baik update kat sini ja... walaupon xseberapa ramai org ada blog sendiri kat sini....
Dalam sekumpulan kecil,bincangkan kebaikan penulisan dengan mengaitkannya dengan topik yang baru diperbincangkan.
Secara amnya,penulisan dikaitkan dengan cetusan idea mahupun pengalaman seseorang itu yang membawa kepada lahirnya sebuah karya yg dapat dikongsikan dengan masyarakat.Karya yang dihasilkan berbentuk tulisan ataupun teks yg dibaca oleh pembaca samada ianya mudah difahami ataupun sebaliknya.Penulisan yg baik dapat memudahkan pembaca untuk memberikan respon yang baik kepada karya penulisannya.
Kebaikan penulisan yang pertama ianya dapat memberikan kepuasan kepada penulisnya.Sifat yang suka menulis dijadikan hobi menyebabkan banyak karya-karya penulisan dihasilkan.Penghasilan karya yang banyak menyebabkan rasa yang amat berbaloi dikalangan penulis itu.Bahkan karya yang dihasilkan mereka hanya untuk kepuasan semata-mata tanpa mengharapkan balasan mahupun ganjaran.Hal ini kerana mereka lebih mengutamakan keseronokan menulis daripada keseronokan keuntungan hasil jualan karya penulisan itu.
Kebaikan penulisan yang kedua ialah dapat menyampaikan maklumat.Penulis mampu menyampaikan maklumat kepada pembaca samada dalam bentuk ilmiah mahupun berbentuk isu-isu terkini iaitu dalam atau luar negara.Penulisan ilmiah disampaikan dalam bentuk buku panduan,tips-tips menjadi seseorang yang berjaya sebagai contohnya dan berbagai lagi.Manakala bagi isu-isu terkini pula dipaparkan melalui pemberitaan seperti hiburan,sukan,ekonomi,bencana dan segalanya yang baharu.Sebagai contohnya berita mengenai kemerosotan ekonomi ataupun kejadian banjir yang berlaku.
Kebaikan penulisan yang ketiga ialah penulis dapat memberi pengajaran kepada yang membaca.Penulisan jenis ini lebih kepada penceritaan mengenai masa hadapan,kesan-kesan melakukan sesuatu mahupun berunsurkan nasihat.Hal ini kerana sesuatu penulisan ini seringkali deselitkan unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan sebagai peringatan kepada pembaca pada masa yang akan datang.Sebagai contohnya penggunaan dadah,ianya akan membawa kesan buruk kepada jangka masa panjang.Selain itu. pengambilan dadah boleh membawa implikasi-imlikasi negatif pada masa akan datang.
Kebaikan penulisan yang keempat ialah dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang membaca hasil penulisan tertentu.Penulis yg baik dapat menghasilkan karya yang dapat menarik minat pembaca.Gaya penulisannya yang menarik disulam dengan lawak dan jenaka dapat membantu pembaca mengurangkan tekanan yang dihadapinya.Selian itu,hasil grafik mahupun kecantikan sesuatu karya dapat menarik minat pembaca,justeru dapat menghilangkan stress.
Kebaikan yang kelima ialah ianya dapat menyerlahkan kreativiti penulis.Melalui gaya penulisan yang gratis dan menarik yang dihasilkan penulis dapat menggambarkan kekretivitifan sesorang penulis.Melalui pengolahannya dan mengindahkan ayat dapat menimbulkan rasa minat pembaca untuk lebih membaca.Hal ini dapat menaikkan rasa ingin mengetahui lebih mendalam sesebuah karya.Kesempurnaan penulisan akan mendapat sambutan daripada pembaca.Hal ini kerana kejayaan sesusatu karya bergantung kepada pembaca.semakin ramai yang membacanya,semakin tinggi mutu pengikhtirafan sesuatu penulisan tersebut.
Kesimpulannya,penulisan merupakan sesuatu bidang yang mempunyai banyak kebaikannya.Penghayatan terhadap apa yang ditulis menyebabkan karya yang dihasilkan amat bermutu tinggi.Selain itu,ianya juga menjadi sebahagian daripada alat komunikasi dikalangan penulis dan pembaca untuk menyampaikan sesuatu.Oleh itu,budaya memupuk sikap ingin menulis haruslah ditekankan oleh semua lapisan masyarakat,hal ini bukan saja dapat memberi kepuasan kepada penulis,namun dapat mencambahkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat
Pada 19 Julai 2011 berasamaan hari Selasa minggu lepas . . dalam lingkungan pukol 12.20pm camtuh laa kann.. sesuatu telah berlaku kat diri akuu beb . hmmmm . .. nak tau jadi ape? nak dijadikan cerita .. pada pukol 10.00am pagi tuh aku balek kampong sbb ada hal kan pejabat DUN Ayer Hangat...aku ditemani Tikah iaitu classmate and best pren aku... heee.. then slesai kat pejabat DUN tuh aku gerak pi Klinik Ayer Hangat cuz sja nak teman2 Tikah buat Medical Check up sambel menunggu 2 orang rakan lagi iaitu Aizaf dan Munirah yg turut sama membuat medical check up... slepas diorang sampai aku pon gerak laa balek umah tok aku nak ambek lappy aku.. aku terburu2 kot sebab aku da lewat sebab aku da jnji ngan kawan aku sorang lagi iaitu Keon utk menghantar dea kat Pelabuhan Tanjung Lembong nak ambek moto dea yg bru sampai...
Nak dijadikan cerita lagi... aku balik jalan kampong belakang klinik sebab aku mmg suka lalu jalan tuhh... bukan apa jalan kat situ syok tengok pemandangan dea yg dikelilingi sawah padi yg terbentang luas... sungai yg cantik. dan tasik yg tenang dan dan dann... orang jarang lalu sangatt. hahahaa... aku dengan bertopi keledarkan KHi berwarna hitam pon menunggang lahh novo merah kesayangan akuh nih...
Ni lahh Sungai Itau yg bersebelahan jalan kampong aku
Novo aku masa bru beli.1st time nih mandikan dea
Akuh pon memecut dengan kelajuan 60km/j di jalan kampong... terburu2 la katakannn . . sambil menikmati keindahan alam... aku melepasi kampung Bohor Merah,kemudian memasuki jalan Kampung Ayer Hangat...sebelum memasuki Kampung aku iaitu Kampung Sungai Itau... terdapat satu selekoh....Aku memasuki selekoh tersebut... tiba2 aku terkejut dan aku xdpt kawal moto aku sebab di depan aku terdapat seorang mak cik yg juga menunggang moto dengan laju juga la katakann memasuki jalan aku dannn apa lgiiii .. !! betembung laaa .. kedebukkkkk .. kedua2 jatuh ibarat nangka busukk ..hahaaa... aku jatuh atas jalan tat... makcik uh jatuh atas rumput di tebing sungai.. aku menggagahkan diri utk bangun.. aku tunduk tengok kaki aku ... ADUIIIHHHHH.. jari kaki aku len macan jekk ..SAKETT kott... aku cuba tanya mak cik tuh "Mak Cik Okey x?" dengan bersila kesakitan tetapi senyum menjawab "tangan makcik ni jaa saket"... aku mencari henset aku. nak tepon mak caq akuhh... sambel tengok moto aku.. ALLAHH.. Duit Pulakkkk !!!! . .
Kesan accident kat moto aku
Selang beberapa saat ada org laluu... aku dengar sorang laki nih tanya mak cik nihh... "Kak Teh mai dari mana?" dijawabnya "Mai dari kedai Mek Mbon nuh beli ikan,tiba2 nampak polis nak buat Road block td sebab tuh Kak Teh balek jalan kampong".. OOOO.. nak larik dari polis laaa nihhh... hadoii.. mak cik Ohh mak cikk ... then laki tuh tanya aku . . "hang mai dari mana?"... aku jwab "mai dri klinik Ayer Hangat nuhh"Dalam beberapa minit Pak Caq aku pon maii.... dan menanya aku "Hg oke kaa sham?".. oke apa .. KO dah laaa nii.. hahaa.. aku pon dibawak ke klinik Ayer Hangat pulak .. diajak mak cik uh xmo sebab nak berubat kampong . . Satu hal lagi yg lawaknyaaa... Aku baru balek dari Klinik... then dlm 10minit pulak aku pi pulak dengan kerusi roda..hahahahahaaaa... lawak lawakk.. ada sorang nurse nih herann.. "hawat pulak dgn hang nihh.. td ja baru maii ???" .. aku jawab . . "Accident laaa cik nurse".. huhu....(sambel buat muka kesian) ... dalam 2jam aku dok kat klinik memperbetulkan 2 tulang jari kaki aku yg larik nih amat perit sebab 2kali x-ray lepas tuh part paling menyeksakan ialah mas diurut tempat yg saket tuh.. Argggghhhh... saket siot. 2 kali dea urot... 1st urot jari xmasok... lepas tuh x-ray pulak.. then urot kali ke-2 da masok.. Alhamdulillahhh... naseb bek tulang jari ja larikk.. kalu patah kaki ka .. lagi laaa susahh.. huhuhu.. dah laaa. akhir2 ni bz sket.....
Tali getah tuh yg paling mahaii uhh ..hehe
Nih la keadaan kaki aku yg maseh membengkak lagi
But now aku kat kampong jaa.. masok hari nih da 6hari aku kat sini... huhu.. susah gila bila jadi mcam nii.. jalan x bule.. mengesot jaaa... naseb bek aku ada mak2 sedara yg baik2 hati.. tq Mak Jang sebab menjadi nurse slama sham kat kampongg... yg paling menggusarkan kepala otak aku bila time berak .. Susah dohh... hahahaaaa.. tapi hari demi hari keadaan da uke.. cuma moto x pi repair lagi.. tuh pon naseb baek keluarga mak cik uh bagi jugax duit ganti rugi moto walaupon jumlahnya tidak memadai .. !!! kalau x bagi gax nek Court laaa. hahahaaa.. tpi aku maseh prihatinn ...
Apa2 pon aku tetap bersyukur sebab kesan accident akuh nih x la serius sgt ... waktu nih laa aku bule tgok orang2 yg ambek berat pasal akuh.... terutamanya mak aku .. :) . . dan trima kaseh jugax laaa sapa2 yg mai melawat akuh walaupon aku x la terok mana sgt kalau nak dibandingkan org len yg accident sampai xda kepala... hahahaaa ... sekiaannnn !!! :P
Helo Yellow !!! :) pasal UPU dah lepas .. skrang ni kita ceta pasal Universiti yg aku akan dokk .... U mna hahh ? UUM laaa.... dekat jaaa . . pejam mata pon bule sampai dari tempat aku..hahax. . . dlu dok harap dapat U jaoh2 gax mcam UKM,UPM,UTM.... tapi dpt gax U yg dekat2.. tpi aku x kesah.. janji aku dpt menjejaki kaki ke menara gadingg.. cewwahh !!! ... course yg aku dpt pon bule tahan gax laaa.. msok dlm jiwa aku... org cakap klau kita minat benda tuhh.... senang bagi kita mengikutinya !!! betol x? bila difikirkan balek !! untong jugax aku dpt UUM ni... sbb pertama dekat ngan tempat aku tinggal iaitu kat LANGKAWI.Kalau aku dpt U jaoh2 mcam UTM di Skudai lagi la trokk laa sbb nak kos pengangkutan mahal.Sebab kedua, UUM dok kawasan luar banda.. maknanya kos sara hidop tuh xla mahal kalau nak dibandingkan U2 lain di kawasan bandar.Sebab ketiga ialah UUM dekat ngan Danok !!! kahkahkahhh.. aku gurau jaaa.... xbek pi Danok tuhh... stakat pi buat benda baek xpa...
Sebelom akumenjejaki kaki ke UUM .. aku kena survey dlu mengenai UUM nih . aku tertarik dengan keindahan kawasan UUM yg dikelilingi kawasan hijau.. selain itu lanskap dalaman UUM pon sangat menarik mata aku yg melihatnya walaupun belum melihat dengan mata kasar . .
Lanskap berhadapan Dewan Muadzam Shah
Tugu yang berbentuk logo UUM mengadap Bangunan Canselori
Lanskap di UUM
Pemandangan dari atas DPP SME Bank
Padang Bola di DPP SME Bank
Pintu Gerbang UUM
Berdasarkanan gambar2 diatas dapat dikatakan UUM mmg cantik.. nih betambah semangat aku untuk kesana... Keindahan di kawasan Universiti dapat memberikan keselesaan kepada penuntut untuk belajar dengan selesa... Selain itu, kolej yg bersesuaian dengan course yg aku dpt ialah di COLGIS .. hampa tengok la video ni yg menerangkan serba sedikit mengenai kolej aku
Nih pulak mengenai lagu yg akan aku menyanyi apabila di UUM:
LAGU UNIVERSITI
BIRU WARNA
Kami Anak Alam Insan Tuhan
Ngembara Langit Biru Mencari Ilmu
Berteman Kebudimanan
Bina Nusa Bina Dunia Sejahtera
UNIUTAMA Ibu Yang Tercinta
Kami Doa Lanjut Usia Bahagia
Kami Janji Hormati Pesanmu
ILMU BUDI DAN BAKTI
Sesungguhnya saya bangga diterima menjadi warga UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. :) tak sabar pulak nak jejakkan kaki kew sana ... heheheee.. wassalamm !!!
Hari yg ditunggu2 dlm hidup aku dah pon muncol !!! itulah yg bermaen dalam kotak fikiran aku.Pada pagi 15 Julai 2011, aku mencipta sejarah dlm tahun sbb hari paling terawal aku bangun tidor.. haha.. Kenapa agaxnya ? nak tau pasal apa ? sebab aku da mcam cacing kepanasan yg mengalami seram sejuk seram sejuk sampai x boleh nak lena dah dok fikir tentang keputusan yang akan aku dpt !!! mana xnya.. keputusan ni penting dalam hidup aku wehh !!! yg akan mengubah hidup aku dan cita2ku :)
walaupun result dikatakan akan keluar pada 12 tgh hari,aku mmg da x senang duduk dahh... mmg emosi laaaa !!! gila wehh.. mcam2 aku piker !! kalau aku x dpt masuk U apa aku nak buat?kalau x dpt u wlaupon result elok apa plak orang cakap ? kalau dpt u jaoh2 sana nak hantar aku ? kalau dpt kos yg x menarik habes laa aku !! hahahaa . . mmg serabot gila lahh.. Walau mcam mana pon aku beruntung sebab aku mempunyai mak yg memahami dan cuba menenangkan aku ...
tapi jiwa aku x lagi tenang.. hati masih mengira detik2 yg semakin hampir ke jam 12 tgh hari .. ditambah dengan pelbagai dugaan yg diterima pada hari tuhh... pada mulanya aku balek kampong nak guna wifi kat umah tok aku... tiba2 ja pada pukol 11.50 ja tenet xda... aku dengan ketensionan lalu memecut skuter novo s aku pergi ke CC . sampai jek ke CC dlm pkol 12.30p.m hahadoii.. dah melepasi masa dah nihh !!!! sebak gila msa nihh..... aku mula menggelabah !!! perkara pertama yang aku bukak kat depan komputer ialah FB (Wajib) .. aku baca status Jamil .. wowww !! dea da dpt laaa .. hmmm... lalu aku pon bukak website UPU . . perkara pertama dea suroh pilih tatogeri exam kita... pastuh dea tanya no I/C kita . pastu dea tanya angka giliran kita !! Oppss .. saya terlupa ...argghhhh tension gilaaaa... skali lagi aku pecot novo s aku blek umah nak ambek slip peksa STPM aku... sebelum tuh aku memesan kat kat cc tuh suroh tlong jaga PC aku satgi kot ada orang kebas.. dah la time aku balek ramai ja dok bediri carik PC kosong hahaaa... tapi naseb baek kak tuh tolong jaga .. trima kaseh kat kak tuh !! :) setelah aku sampai aku pon dengan pantas type angka giliran aku ....... setelah siap mengisi semuanya .. dengan lafas BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMM ...... aku click button MASUK ... dengan bangganya aku tersenyum lebarr.... penat lelah aku belajar selama 15tahun termasuk tadika sekolah terbalasss.. aminnnnnnnnnn !!! syukur sangat2... kini aku terseyum riang !!!! :)
Kini impian aku menjadi kenyataan... aku bangga dengan diri aku .. aku dpt melanjutkan pelajaran kat Universiti Utara Malaysia(UUM)dengan kos Ijazah Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian. Lepas ni perjalanan hidup aku akan bermula... aku akan mengejar cita2 aku . walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke 'U'.Ianya tidak bermakna impianku berakhir begitu saja.. tapi ianya gerbang untuk aku terus mencapai kejayaan ... :)
*Maaf kat reader sume sbb topic kita kali ini agax lambat sebab ada masalah2 yg harus diselesaikan . Tapi ianya tidak menghalang saya untuk berkongsi cerita dgn kaliannnn .... dikesempatan ini saya juga nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan2 yg dapat melanjutkan pelajaran seperti saya .. kepada yg tidak dapat jangan ingat perjuangan anda berhenti setakat ini... teruslah berusaha untuk mencapai cita2 yg dihajati .. :)