Pages

Saturday, June 16, 2012

Jambatan Langkawi : Antara Realiti atau Fantasi ?

CADANGAN JAMBATAN PUTUS KUALA SANGLANG KEDAH KE LANGKAWI "GERBANG MAHSURI".
(KEMUKA PADA TUN DR.MAHATHIR PADA TAHUN 2005)
ILHAM DARI YB. DATO' IR.NAWAWI BERSAMA SUNAN ARCHITECT @ IRAS CIPTA DESIGN







  
Assalamualaikum, inilah lakaran jambatan putus yang dicadangkan. Bagi cadangan saya, cadangan ini boleh diterima pakai bagi menggantikan projek Jambatan Langkawi - Kuala Perlis yang pernah dicadangkan suatu ketika dahulu. Hal ini kerana cadangan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis memang tidak relevan bagi saya sebagai penduduk Langkawi kerana jika di realisasikan akan mendatangkan beberapa faktor yang negatif seperti :
  • Industri perhotelan akan terjejas 
  • Pengusaha kereta sewa akan bankrup
  • Pengusaha Ferry turut terjejas
  • peluang pekerjaan akan berkurang
  • Hilang status 'Bebas Cukai'
  • Pencemaran akan bertambah  
  • Berlaku kesesakan lalu-lintas
Hal ini semuanya akibat kemasukan pelancong secara terus menerus dengan menggunakan kenderaan sendiri memasuki pulau ini tanpa sebarang kawalan, ada juga pelancong yang datang hanya untuk membeli-belah dan pulang pada hari yang sama tanpa menginap di Pulau Langkawi. perkhidmatan feri dan kereta sewa tidak diperlukan kerana mereka sedia ada mempunyai kenderaan sendiri. Sudah tentunya pencemaran alam sekitar akan bertambah kerana kemasukan kenderaan secara berterusan tanpa kawalan .

Banyak lagi jika diambil kira impak pembukaan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis. Pulau langkawi sememangnya sebuah pulau peranginan yang terkenal, tetapi kebanjiran pelancong hanya berlaku apabila waktu cuti sekolah sahaja. Langkah-langkah untuk mencari penyelesaian masalah ini diperlukan agar kemasukan pelancongan di langkawi adalah berterusan dan dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk pulau ini. Bagi pendapat saya, keperluan untuk mempunyai jambatan antara satu usaha menarik pelancong berterusan ke pulau ini. Sudah cukup dengan cadangan Jambatan Putus Langkawi-Sanglang. Hal ini dapat mengehadkan kemasukan jumlah kenderaan dari luar ke Langkawi adalah terkawal, khidmat feri masih diperlukan, dari perspektif lain, keperluan penduduk langkawi juga dapat apabila jambatan ini dibina, sudah tentu tambang feri akan berkurangan jika dibandingkan dengan sekarang, isu tambang feri masih belum ada jalan penyelesaian kerana saban hari ianya akan meningkat mengikut tuntutan semasa.

Walau apapun, projek "Gerbang Mahsuri" ini masih di peringkat perancangan. Bukan mudah untuk merealisasikan projek ini kerana peruntukan pembinaannya bukannya hanya cukup untuk membina sebuah rumah. Ianya melibatkan berbilion-bilion ringgit. Namun begitu, kerajaann rasanya mampu untuk membinanya jika diambil kira faktor jangka masa panjang dan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap penduduk Langkawi. Kita ambil contoh, sumbangan Jambatan Pulau Pinang pada hari ini amatlah besar dari aspek ekonomi sosial dan politik penduduk di Pulau Mutiara itu pada hari ini walaupun pada peringkat awal pembinaanya terdapat tentangan kerana memerlukan peruntukan yang banyak. tidak mustahil perkara ini boleh dilaksanakan di Langkawi. Walaupun hanya sekadar "Jambatan Putus", Langkawi mampu memberi limpahan ekonomi kepada negara dan penduduknya. bukan itu sahaja, penduduk di sekitar Negeri Perlis dan Utara Kedah juga akan menerima tempias pembangunan akibat pembinaan jambatan ini jika diambil kira kemajuan Seberang Perai di Pulau Pinang pada hari ini. Oleh itu, harapan menggunung agar jambatan putus ini dapat direalisasikan dan bukan hanya sebuah cadangan di atas sehelai kertas sahaja ~ :)

Thursday, June 14, 2012

KUALA KEDAH COASTAL DEVELOPMENT MASTERPLAN






Woww . awesome kan !! inilah projek Kuala Kedah Coastal yang masih dalam perancangan oleh Kerajaan Negeri Kedah.  Secara kebetulan terjumpa projek ni besertakan lakarannya sekali.. memang gempak la projek ni. Memandangkan Kuala Kedah merupakan gerbang ke PULAU LANGKAWI, projek ini memberi tempias kepada LANGKAWI juga, kemudahan Jeti KUALA KEDAH yg First Class menjadi keselesaan untuk pelancong ke Langkawi. Harap-harap projek ini dapat dilaksanakan dengan segera :)

SUMBER : ATSA

Petua Rawatan Islam untuk Sakit Kepala

Assalamualaikum, hari ini nak kongsi sedikit petua menghilangkan rasa sakit kepala menurut Islam. Kebetulan saya pun sakit kepala sejak dua menjak ni sebab menghadapi final exam. Tertiba pula saya buka acc FB saya, terjumpa ada orang post pasal petua ini, tak salah jika dikongsi kepada anda juga. OK, sakit kepala ada 4 jenis berdasarkan gambar di bawah ini :


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)


5. Baca Surah An-Nas (1kali)


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.


Amalkan petua ini jika anda sakit kepala, insyaallah dengan keizinan ALLAH sakit kepala pon akan hilang :)

Tuesday, June 12, 2012

I'm Coming Home - Lagu Memuja Dajjal




Assalamualaikum, post kali sekadar perkongsian sesama Islam yang menjadi tuntutan kita sebagai saudara seagama. Mengenai dunia hari ini yang penuh dengan anasir-anasir yang ingin menyesatkan umat Islam dari landasan asal. Mereka (kafir) sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menyesatkan kita. Terutama dalam Lagu-lagu yang didengar kita hari-hari. Jika ingin dikongsikan banyak lagu yang menjurus kearah penyembahan dajjal. Kalau tak sebut pun mesti korang semua tahu lagu apa, siapa penyanyinya. Post kali ini sudah terang lagi nyata liriknya mempunyai unsur-unsur pemujaan DAJJAL iaitu lagu I'm Coming Home penyanyinya ialah Diddy - Dirty Money ft. Skylar Grey. Kalau dilihat dari video lagu ni pon ada unsur-unsur penceritaan tentang bagaimana  kedatangan Dajjal itu sendiri.


Ini pula lirik lagu I'm Coming Home, harap anda semua mampu menilai lagu ini :


I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )



I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
 (Kerajaan dajjal menunggu dan memaafkan kesilapannya)



Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you

Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong

What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs

But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home

“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just ike our normal day )
Lot of fights, lot of scars



Akhir dunia nanti akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan. Pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya. Dan sekarang kita boleh nampak banyak sangat penyembah-penyembah syaitan (dajjal). Yahudi dan Kristian berbaik jugak adalah kerana dajjal. MasyaAllah… tak dapat nak bayangkan bagaimana kalau kita masih ada waktu munculnya dajjal….
Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?
Keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal.Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah. Makanan & minuman saat itu hanyalah :
 Ø³Ø¨Ø­Ø§Ù† الله والحمد Ù„له ولا إله إلا الله والله أكبر
Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa tentang bahana kedatangannya.
ALLAHUAKBAR

TUNE HOTEL bakal dibina di Langkawi

Lakaran Bangunan Tune Hotel Langkawi

Setaraf dengan bandaraya-bandaraya lain di Malaysia, Langkawi akan mempunyai Tune Hotel sendiri yang akan dibina sekitar Kedawang. Tune Hotel yang dimiliki oleh syarikat TUNE HOTEL 2 SDN BHD akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di Langkawi akibat kemajuan industri pelancongan di Pulau Peranginan itu.



MPLBP/OSC/KDG/60/10/KM : MPLBP/OSC/KDG/60/10/KM - PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN 2 BLOK BANGUNAN KOMERSIAL 4 TINGKAT MENGANDUNGI BILIK HOTEL (243BILIK) DAN PLOT PERNIAGAAN DAN PERMOHONAN UBAH JENIS KEGUNAAN TANAH DARIPADA PERTANIAN KEPADA HOTEL , DI ATAS LOT 2085 , MUKIM KEDAWANG , DAERAH LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN. oleh TUNE HOTEL 2 SDN BHD. di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Apa yang Korang Pernah Buat ketika Zaman Kanak-Kanak

 
Ingat x benda nie??

1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu.

4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2..

6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..

16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.

18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..

Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih

PERANCIS TUAN RUMAH UEFA EURO 2016

Logo Bidaan Perancis UEFA EURO 2016

Belum ja habis lagi EURO 2012 di Poland-Ukraine, kita dah mengetahui giliran negara mana pula yang akan menjadi tuan rumah EURO 2016.Negara tersebut adalah PERANCIS yang memenangi bidaan tuan rumah mengalahkan Turki dan Itali.

 

Logo bidaan Itali dan Turki
SUMBER : WIKIPEDIA

Dari Abjad A,B,C ke Menara Gading

Assalamualaikum, tengah-tengah malam ni termenung seorang diri teringat zaman hingusan dulu-dulu. Aku teringat zaman persekolahan aku dari tadika sehingga aku dah besar panjang sekarang ni. haha. Memang seronok bila difikirkan, menjadi kenangan manis dan pahit jika diingatkan. Ok !! . aku nak share serba sedikit perjalanan hidupku di alam persekolahan sehingga menjejaki menara gading ni ....

 1. TADIKA KEMAS KAMPUNG SUNGAI ITAU



TAHUN :
1996

CATATAN : 
Tadika Kemas ni dekat ja dgn kampung aku, pagi2 aku jalan kaki ja pi sana. Nama cikgu yang mengajar kami ialah Che Puteh. Orang kampung tu jugak Tapi x best sebab anak Cikgu Che Puteh suka buli budak2 lain termasuk saya.. heheheeee !!


2. SEKOLAH KEBANGSAAN PENGHULU AHMAD


TAHUN :  
1997- Pra Sekolah SKPA
1998- 1 Bijak
1999- 2 Bijak
2000- 3 Bijak

CATATAN :
Aku start masuk sekolah ni seawal Pra Sekolah. Kat sini lagi best dari Tadika Kemas tadi. Kat sini ramai juga la kawan-kawan yg aku dapat. hehe. Aku melangkah darjah 1 pon di sekolah yang sama sehingga ke darjah 3. Tapi aku pindah ke sekolah lain semasa bulan April tahun 2000. Yang aku ingat cikgu kelas kami ialah Cikgu Ibrahim ( dari darjah 1 sampai darjah 3).Antara kawan-kawan yang aku masih ingat adalah Sani, Zukri, Nazri, Asmidar, Azizah, Dayang Suraya dll.


3. SEKOLAH KEBANGSAAN SERI NEGERI



TAHUN:
2000- 3 Mawar (daftar masuk bulan April)
2001- 4 Seroja
2002- 5 Cempaka
2003- 6 Campaka

        
CATATAN:
Aku mula masuk SKSN pada bulan April atas sebab aku berpindah ke Pekan Kuah, kiranya SKSN ni sekolah rendah terbaik di Langkawi la... sbb tuh aku agak bangga pindah ke sini.. hehe.. Aku masuk mendaftar ke 3 Mawar (kelas kedua paling belakang). Kejutan bagi aku sbb sekolah pada sesi petang (pengalaman baru). hehe.. kat sekolah ni fasiliti lebih complete la kalau nak banding SKPA. student dia pon bole tahan. skolah ni siap ada pasukan pancaragam lagi. Tapi disebalik itu semua, aku nak cerita pasal aku.. bukan pasal sekolah ja, Cikgu pertama yg aku kenal ialah Sir Zaki (cikgu kelas 3 Mawar), Cikgu Norhisyam, Cikgu Wan Nordiran, Mama Balkis, Cikgu Suraya, Cikgu Atikah dan byk lagi. x tersebut.. Rumah sukan aku rumah hijau iaitu TOK JANGGUT. Unit Uniform aku adalah PENGAKAP. .. Aku pernah jadi ketua kelas masa darjah 5... hehe... nak sembang pasal kawan mmg ramai la. Pengalaman yang paling best masa kat sini mmg byk . tpi paling x lupa masa Kem Kecermelangan UPSR kat Desa Utara Pedu Lake Resort dimana sekelas kawan-kawan lelaki aku dihantar wakil sekolah ke kem disitu selama seminggu.. best uh.. hehe. Kat sekolah ni jugak la aku menduduki UPSR.. nak tau dpt brapa ? 4B 1C... mmg bodo waktu ni.. pi sekolah nak main ja.. bukan belajaq sngat. hahaa


4. SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN MAHSURI



TAHUN:
2004- 1 E
2005- 2 D
2006- 3 B
2007- 4 ICT
2008- 5 ICT
2009- P1T1
2010- P2T1

CATATAN:
aku melangkahkan kaki ke alam menengah di SMKM yg terletak berhadapan SKSN ja. ni la satu-satunya sekolah yg BANYAK GILA KENANGAN DISINI .. nak cerita mmg panjang. Intro sat pasal sekolah ni. SMKM ni ditubuhkan sekitar 60an dan antara sekolah menengah terawal di Langkawi. SMKM merupakan sekolah menengah terbaik di daerah Langkawi sama ada dari kurikulum dan kokurikulum. Dalam nidang akademik. pestasi SMKM belum pernah dicabar mana2 sekolah menengah disini sama ada PMR, SPM mahupun STPM..semuanya mahsuri yg pegang. Dalam bidang sukan pulak, ketika kejohanan MSSD, Mahsuri sgt digeruni, spanjang MSSD diperkenalkan di daerah Langkawi, hanya 3 kali saja Mahsuri terlepas gelaran juara keseluruhan. Sebaliknya perpuluh2 edisi MSSD Mahsuri adalah Juaranya. Antara bekas-bekas pelajar yang kita kenal adalah seperti AZIZ DESA (Pengacara TV), Aidil Marchello (Pengacara TV), Amelia AF3 (Penyanyi) dan beberapa orang lagi. dan bukan dari dunia hiburan sahaja ahli sukan pon ada seperti atlet perahu layar kebangsaan.. atlet2 perahu layar semua berkampung ke sekolah Mahsuri sbb Akademik Perahu Layar Kebangsaan berada dekat dgn sekolah Mahsuri. hehehe.. Selain itu, student SMKM adalah seramai lingkungan 2000 orang. Terdapat dua sesi kelas iaitu Form 1-2 di sesi petang dan form 3-6 sesi pagi.

Berbalik kepada Cerita aku..kat sekolah aku dok rumah sukan Biru(Bendahara)... Unit uniform xmenentu (suka lari perjumpaan).. hehe.. antaranya PBSM, Kadet Polis, Unit Trafik Sekolah...  masa form 1 plak aku dok kat kelas 1E, antara kelas "terpandai" hahaha... banyak betul kelas sampai x terkira. Dari kelas RK sbyk 5 kelas (kelas budak pandai2), sampai ke kelas A hingga kelas L.. haaa.. byk kann.. bila ditotal semuanya sbyk 17 kelas utk Tingkatan satu ja. Masa ni aku jadi Ketua tingkatan.. antara kawan2 terakhir yg aku jumpa masa form 1 spt Azfar, Fhatin, Syafikah, Nazwan, Allahyarhamah Halijah. Masuk Form 2 aku kekurangan kawan2 baik sbb ada sekolah mengengah baru dibukak iaitu SMK Kelibang (skolah atas bukit).. byk kawan2 pindah.. aku sunyi .. huhu.. disebabkan itu aku xda main2 sgt dlm kelas .. aku belajar ja.. akhirnya tanpa disangka prestasi aku dlm kelas meningkat.. hahaha .(jadi budak pandai).. lepas tu ja rmai nak kawan ngan aku. kehkeh... ** Pengajaran.. bila kita pandai baru org nak berkawan .. masa ni antara kawan baik aku Muadzam, Najmi, Mat Am, Atikah, Afikah, Fhatin Zawana, Nadzirah, Mokhtar, Badrul, Syahrizal dan ramai lgi laaa.. Form 3 aku naik kelas 3B.. kawan2 aku pon rmai yg dok kelas sama.. aku dok sebelah Muadzam yg sentiasa menjadi saingan aku. haha.. aku dgn dia adalah Top 3 dlm kelas. hehe... sering fight... tpi Fatin Zawana sentiasa menang.. haha.. tpi masa ni dah terlalu pandai mak aku hadiah KOMPUTER... siap pasang internet lgi. haha... mmg mengadap komputer jaala.... smpai prestasi aku merosot. haaha.. last waktu PMR aku dikalahkan Muadzam.. huhu...result ? rahsia.. hahaha... 

Masuk ja menengah atas aku masuk kelas ICT... Cikgu kelas aku adalah Puan Rohana... antar kelas2 yg aku xbest masa form 4 la.. haha.. jdi MANDOM.. kehkeh... tpi waktu form 5 agak best la.. dok dlm kelas mnyembang ja... kawan seperjuangan adalah APEK. kahkah.. kerja mengutuk org ja... belajaq xseberapa.. akhrinya result SPM pon x seberapa... huhuhu.. nak cerita pon mmg byak la... xterbaca kot... 

Tapi antara tahun-tahun yang paling best adalah ketika waktu FORM 6.. mmg best gila masok FORM 6 ni... rugi kepada kawan2 yg keluar semata2 nak ambek DIPLOMA.. haha.. dalam kelas semangat PERSAHABATAN tuh mmg akrab.. dalam kelas kami ada 16 orang.. antaranya aku, Aizaf, Dolah, Sani, Anas, Abg Long, Shah, Fatin Tikah, Munirah, Mas, Nik, Jessy, Fenn, Melia dan Dilah.. time ni la waktu pecah pala... mmg time gila2.. haha... tpi dlm gila2 tuh kmi xlupa pada pelajaran... dah tahun kemuncak.. mna boleh main2 terlebih... tpi mmg kmi kaki main2.. haha.. dok dlm kelas bergosip, mengutuk org.. aku plak suka buli ketua pengawa Shah.. kahkah... jahat oiii.. Masa Form 6 ni aku pegang jawatan sbg Exco Informasi dan Komunikasi MPU, Pengawas Perpustakaan, Presiden Kelab Bola Tampar, Timbalan Pengerusi Rumah Sukan Bendahara, Setiausaha Persatuan Geografi dan Sejarah.. haaa.. pemes aku masa ni... sampai ada adik2 junior mengorat.. hahaha.... aktif2 juga. STPM jgn lupa.. haha.. akhirnya setelah aku menduduki STPM... keluarkah result... alhamdulillah result aku layak ditawarkan ke Universiti.. terima kasih kepada cikgu2 di Form 6 spt Cikgu hashim,Cikgu Anis, Cikgu Azmahani, Cikgu Intan, Cikgu Fauzi, Teacher yg disayangi :), Sir Zul, Kak Zita, byk lgi laa.. hehe.. tanpa depa aku xkan melangkah ke peringkat seterusnya....

5, UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


TAHUN:
2011-2014 (sekarang)

CATATAN:
Setelah tamatnya alam persekolahan, aku melayakkan diri ke peringkat Pengajian tinggi berbekalkan result STPM.. hehe... aku menerima tawaran ke UUM dan kos yg aku minta ialah Bachelor Development Management with Honour.. akhirnya mimpi menjadi realiti.. hehe.. Terpaksa berpisah dgn kawan2 baik aku semasa di Form 6 kerana masing2 dah bawa haluan masing2... tpi aku beruntung sbb majoriti classmates aku dpt tawaran ke UUM iaitu Fatin, Fenn, Jessy, Dolah, Kak Yah, Has, dan Amelia. haha.. rmai kan :). disinilah aku sekarang.. Masing mengejar impian... namun aku kat sini aku dpt kawan2 baru,,, tuh la kitaran hidup.. xbole lari semua ni.. tapi bila diingatkan perkara2 yang pernah dilalui selama ini mmg terlalu byak utk diceritakan... aku msok u ni pon dulu2 hanya mimpi ja... x sangka jdi realiti :).. sekarang dah masuk final exam semester kedua dah.. direnungkan kembali aku dari tadika ke menara gading ni mmg manis utk dirasa. pahit utk ditelan... apa2pun perjalanan hidu aku masih panjang... insyaallah jika diizinkan dan diredhai oleh ilahi lagi aku mampu mengecapi semua perjalanan ini... sekian :)




Monday, June 11, 2012

CAROLINE JUARA MENTOR 6

 Aku balik rumah haritu, mlm Ahad ja org2 kat rumah pon kalut bukak TV3 sbb nak tgok Mentor 6 ni.. aku xminat sgt.. tpi tgok pi r xda crita best2 waktu tuh.. xbest mna pon sgt.. tapi antara 4 orang tuh mmg aku rasa Caroline ni ja bole menang... ap2pon tahniah CAROLINE Juara MENTOR 6..!!

Gambar Kemaluan Kunsa


Secara fitrahnya Allah mencipta manusia dalam keadaan berpasangan iaitu lelaki dan perempuan. Selain itu ada juga satu lagi jenis manusia yang mempunyai dua jantina iaitu dipanggil sebagai khunsa. Kewujudan golongan ini merupakan tanda-tanda kebesaran dan keagungan Allah S.W.T.

Dari segi Fiqh Islam, khunsa adalah seseorang individu yang tidak diketahui jantina sama ada lelaki ataupun perempuan disebabkan dia memiliki zakar dan faraj serentak ataupun tidak memiliki kedua-duanya sejak kecil lagi.

Khunsa terbahagi kepada dua jenis, iaitu khunsa musykil (khunsa yang diragui) dan juga khunsa ghair musykil (khunsa yang tidak diragui). Khunsa musykil ialah individu yang tidak diketahui langsung jantinanya disebabkan tiada sebarang tanda-tanda yang boleh diklasifikasikan sebagai lelaki ataupun perempuan. 

Manakala khunsa ghair musykil pula ialah individu yang sudah dapat dipastikan sama ada dia itu wajar dikategorikan sebagai lelaki ataupun perempuan melalui tanda-tanda seperti kedatangan haid.
Harus dari sudut hukum syarak bagi khunsa ghair musykil untuk berkahwin tetapi haram bagi khunsa musykil untuk berkahwin. Dalam bahasa inggerisnya khunsa di sebut sebagai hermaphrodite.

p/s: Paparan gambar di atas ialah bukan bertujuan untuk memaparkan gambar lucah tetapi sebagai pengetahuan kepada semua yang tidak mengetahui bagaimanakah kemaluan khunsa. Sesungguhnya ilmu itu perlu dikongsi. Larangan kepada kanak-kanak di bawah umur 18 tahun untuk melihat gambar di atas.

SUMBER : BLOGAMAR

Jadual Perlawanan Euro 2012





Demam bola EURO 2012 melanda sekarang ini. EURO 2012 yang dirasmikan 10 Jun 2012 iaitu semalam akan menyaksikan perlawanan kuasa-kuasa bola sepak Eropah yang akan menentukan kuasa besar di benua itu. Utk kaki bola, dibawah saya sediakan jadual perlawanan sepanjang EURO 2012 .


*** Apa-apapun Team pilihan saya utk juara EURO 2012 adalah juara bertahan SPAIN !!!! yeargghhhh VIVA LA SPAIN~


Promote Tahun Melawat Terengganu 2013

Promote sket Terengganu ni sbb tahun depan Tahun Melawat Terengganu.. kerap betul kerajaan Terengganu mempromosikan negeri mereka, last aku ingat TMT pada tahun 2008 bersama dengan KEDAH dan KELANTAN. Memang xdapat dinafikan Terengganu mmg unik dan cantik (xpenah pergi lagi) ..hehehehe . walaupun aku orang Langkawi tp bagi aku Terengganu ada aura tersendiri ..


Maklumat lanjut : TEGANUKU

Sunday, June 10, 2012

Cinta ALLAH, Sayang Rasulullah, Rindu Muhammadku : Kerana Aku Umatmu


suka dgr lagu ni :)

ULAT PADA OTAK AKIBAT MAKAN SUSHI








Inilah akibat memakan sushi & sashimi (ikan mentah, sotong gurita mentah,udang mentah, dan lain-lain). Shota Fujiwara dari Gifuprefecture, Jepun, yang berumur 80 tahun telah menderita sakit kepala yang luar biasa selama 3 tahun dan telah kehilangan kemampuan psikomotoricnya. Setelah menjalani pemeriksaan CT-scan & X-ray, doktor yang merawatnya menemui sarang ulat di bawah kulit kepalanya namun masih diluar tempurung otaknya.
Ulat yang ada pada kepala Shota Fujiwara adalah berasal dari parasit yg selalunya berada didalam tubuh ikan mentah, ikan laut dan ikan air tawar. Ulat parasit & telurnya hanya boleh dimatikan dengan melalui proses memasak dengan kepanasan yang tinggi (digoreng, dipanggang atau direbus mendidih atau dengan pembekuan –10 sehingga –20 Darjah Celcius selama lebih dari 1 minggu).
  Pesanan dari saya berhati-hatilah memakan sushi dan sashimi kerana anda mungkin akan menjadi seperti ini jika terlalu banyak memakan makanan mentah seperti itu. Jelaslah disini bahawa Islam itu adalah sempurna. Di dalam Islam umatnya dilarang memakan makanan mentah kerana boleh memudaratkan tubuh badan. Kisah ini jelaslah menunjukkan bahawa agama Islam itu cukup sempurna buat manusia di atas muka bumi ini. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.
sumber : PENULIS SENJA

Penghargaan Buat Kawan2 di FB


Aplikasi dlm Facebook ni mmg bermakna bagi aku..sebab dia memaparkan semua nama kawan2 kita di FB yg sering rapat dengan kita.. tahap KERAPATAN tuh dijelmakan melalui saiz tulisan.. yg tulisan besar2 tuh la yg paling rapat.. bagi kawan2 yg tgok tulisan nama FB depa  besar2 mesti terharu kann.. hehe... suatu penghargaan kepada kawan2 di fb yg selama ini sudi buang masa bersama aku di FB sama ada hanya mengeLIKE status aku saja.. tuh pon cukup bermakna bgi aku :)


*** Sapa nak try aplikasi ni cuba disini : Senarai Kawan-kawan Anda

AKU DAH GEMOKKK !!!!



***SEJAK HABES STPM NI AKU SEMAKIN MONTEL DAN SIHAT... ARGGHHH.. SKRANG NI TGH BERUSAHA MERAMPINKAN BADAN BALEK.. TD ONLINE FB, KAWAN SEPERJUANGAN MENUNTUT HAK UNTUK KURUS AKU (DIN FELO) HANTAR TIPS  UNTUK KURUS ...





Seperti semua tahu, semua orang mahu sihat. Tidak perlu berbelanja mahal beli alatan gim, buat kolam renang dan sebagainya. Apa yang perlu cuma mengenali kebiasaan kita dan sedikit kemahuan untuk kekal kurus dan sihat. Kali ini saya nak kongsi (saya jumpa tips ni dari sebuah blog) cara kekal kurus dan sihat dengan cara yang paling murah..


1. Senaman Berterusan
Badan perlu digerakkan untuk membakar kalori dan lemak terkumpul serta membantu badan mengagihkan keperluan nutrisi lebih efisien ke bahagian tertentu mengikut keperluan. Berjalan, skipping, regangan berterusan selama 30 minit sehari (setiap pagi) secara berterusan lebih digalakkan berbanding membuat senaman agresif yang tidak konsisten.

2. Tidur Awal
Setelah seharian bertungkus lumus, tindakan berjaga sepanjang malam adalah tindakan yang kurang cerdik. Badan berupaya membaiki sendiri setiap kali seseorang tidur malam hari, dan proses baikpulih badan selalu lebih efisien jika waktu tidur adalah sama. Tidur tidak tentu lambat laun boleh mendatangkan mudarat, jadi penting untuk kita tidur awal sebagai langkah paling mudah mengelakkan penyakit.

3. Makanan Kesihatan
Jika anda bukan seorang yang mengamalkan cara pemakanan yang sihat dan seimbang, pengambilan makanan kesihatan adalah cara paling mudah mengekalkan kesihatan badan. Sesetengah vitamin dan mineral penting untuk melawan penyakit, dan jika anda tidak berselera makan sayur, kekacang dan buah-buahan sekurang-kurangnya sekali dalam setiap hari waktu makan, cara paling mudah adalah makanan kesihatan. Pilihan terkini adalah yang makanan kesihatan organik berasaskan herba.

4. Berfikir Sebelum Masuk Program Kuruskan Badan
Program kuruskan badan bukannya tidak elok, namun ada alternatif lebih murah dan kekal lama untuk mendapat hasil badan yang kurus dan sihat.

5. Makan Lebih Sayuran, Kurangkan Daging Merah, Kopi, Gula dan Garam
Agak susah diamalkan sebab bagi sesetengah orang, sayur bukan kegemaran. Namun cara paling mudah tentunya makan lebih sayuran. Kata mahu sihat, jadi kenapa perlu makan makanan memudaratkan, seterusnya telan ubat, dan kemudian masih terdesak memikirkan kesihatan diri yang terjejas sedangkan dengan amalan pemakanan yang sihat sekaligus semua risiko berkaitan masalah kesihatan diri boleh dikurangkan.

6. Jangan Tinggalkan Makan Pagi
Seseorang yang meninggalkan makan pagi majoriti akan merasa teramat lapar pada sebelah petang dan malam. Walaupun pada siang hari nampak bagus kurang makan, namun makan pada malam hari boleh mengganggu proses kebiasaan badan akibat keperluan proses pencernaan makanan tidak konsisten, menyebabkan banyak makanan disimpan sebagai lemak seterusnya menyebabkan seseorang yang meninggalkan makan pagi makan lebih banyak berbanding orang yang tidak meninggalkan makan pagi.

7. Jangan Makan Hidangan Tidak Lengkap
Badan boleh menyerap nutrien secara lebih baik jika ketiga-tiga elemen penting karbohidrat, lemak tidak tepu dan protein diambil bersama.

8. Jangan Berlapar
Makan ketika terlalu lapar selalunya menjadi penyebab anda makan secara berlebihan. Seharusnya anda makan ketika baru terasa lapar, kunyah secara perlahan dan ini membolehkan anda mengawal pemakanan secara lebih baik.

9. Elakkan Tekanan
Berada dalam tekanan boleh menjadi punca risiko sakit. Elakkan sumber stress seperti berada dalam kesesakan trafik: asap kereta, bunyi hon kuat dan sebagainya, spray rambut, racun serangga dan lain-lain bahan kimia adalah memudaratkan tidak kira betapa baik gaya hidup sihat yang kita amalkan. Jangan cucuk racun dalam diri kita, walaupun secara tidak terus.

10. Selalu Basuh Tangan
Elakkan sakit dengan selalu basuh tangan. Kecuali akibat demam dan selesema, sesekali berada dalam kotoran bakteria dan patogen boleh melatih badan membina sistem imun yang lebih baik. Namun bagi seseorang yang berumur, separuh usia, kerap demam dan selesema bukan pilihan terbaik untuk menikmati cara hidup sihat.

11. Jaga Tindakan 
Tidak berbaloi jika segala perkara diatas dilaksana sebaik mungkin tetapi akhirnya anda dilanggar mati oleh bas kerana anda tidak menggunakan jejantas. Walaupun anda sihat, tidak bermakna anda kebal, jadi sentiasa jaga tindakan untuk orang tersayang.

12. Pemeriksaan Doktor Berjadual
Rasa sihat tidak bermakna anda betul-betul sihat secara dalaman. Selalulah lakukan pemeriksaan kesihatan seperti tekanan darah, kandungan kolesterol dan lain-lain secara berjadual. Contoh paling mudah: HIV bukan pembunuh, jika dikesan awal.

sumber : PenPatah

Buang waktu depan laptop

Hari2 tanpa internet mmg boring.. tpi kalau ada line internet ja laptop aku ni la sasaran utama.. kesian jdi mangsa rabaa keypack.. hahaha.... kadang2 aku terpikir . setiap kali benda yang aku online. benda apa yg kerap dibuka... oke.. bgi aku la kann ... benda yg wajib bukak adalah :


  1. Facbook

  2. Youtube

  3. Skyscrapercity

  4. UUM Portal

  5. Sinar Harian

  6. Stalk blog org

  7. Cerita blue (maen2 je.. hahahha)

tuh je laa.. tpi byk lgi la yg aku bukak.... smpai aku ni lebam bijik mata... haha... 



Final Exam Lagi

Dulu aku penah peost pasal aku dpt tawaran ke Universiti Utara Malaysia, pejam celik pejam celik aku dah di penghujung Semester kedua.. huhh... lama tuh x update status.. hahahaha !!! . Sem lepas result final exam agak memuaskan laaa... hehehe .. tpi utk sem kedua ni agak menggerunkan... smlam dah mula satu paper... xkuduga paper Malaysian Economic xsemudah yg disangkakan... ARGHHHHHHH!!!! . rsanya sem ni pointer aku menurun.. hmmmmm apa2pon aku harap MIRACLE berlaku utk aku jawab exam ni.. heheheee...

 

*yeasss2... xlma dah nak balikkk !!!!


Jumpa Retis di kampong sendiri !!

Osman Ali dan Isteri

Maya Karin dan Diana Danielle

Farid Kamil dan Remy Ishak bersama .....


Minggu lepas sebelum masuk kampus semula utk menduduki final exam. Sempat lgi pi Majlis Perkahwinan Pengarah Filem yg berjaya sekarang ni.. sapa x kenal Osman Ali (pengarah filem Ombak Rindu) pada 2 Jun 2012 di Kampong Bohor Merah . Sempat jugak la begambar dengan Remy Ishak, Maya Karin dan Farid Kamil...
Bersama Maya Karin..:P
Tapi yg syoknya.. sapa pi kenduri ni dah bukan macam kenduri kahwin Osman Ali bekahwin pulak... org berkerumun kat retis2 ja.. biasa la tu kann, bukan senang nak jumpa retis ni... yg lawaknya.. ada yg pi kenduri ni hanya semata2 nak bergambar ja.. makan pon x dah.. sbb kenduri kahwin  pada hari ni mmg banyak .. kat Ayer Hangat ja dah 3 buah rumah (tapi aku pi kenduri ni ja).. hehe... habes begambar+makan pa.. aku ngan Mak aq dan Sepupu aku nek keta nak balik.. terserempak dgn 3 org retis ni iaitu Farid Kamil, Diana Danielle dan Maya Karin rupa2nya naik motor 2 org sekali pi kenduri.. tergelak org kampong.. kahkahkah,,,, tuh la .. ingat retis ni high class sgt.. tpi depa pon biasa ja...

Balik Kenduri oiiii ~
hahaa... ni la yg aku cerita tuh.. dengan xpakai helmetnya.. diana danielle ja pakai....  lepas tu.. kami follow depa sebab alang2 kami dah lalu jalan yg sama... tpi tiba2 kami xnampak depa... lepas tu kami terserempak pulak Farid kamil merempit dengan Diana Danielle lalu ke jalan Ulu Melaka sambil bepeluk2an (org bercinta camtu laaa )... rupa2nya depa tinggal Maya Karin kat mana tah.. rasanya kat Pasir Hitam kot.. tpi mmg best la bole begambar ngan depa... tekilan xdpt bergambar dgn Diana Danielle ja.. unn gila oii... kalau Farid xngorat aku msok line dulu.. wakakakakakaa~