Pages

Tuesday, October 4, 2011

Refleksi 1

Dalam sekumpulan kecil,bincangkan kebaikan penulisan dengan mengaitkannya dengan topik yang baru diperbincangkan.






 Secara amnya,penulisan dikaitkan dengan cetusan idea mahupun pengalaman seseorang itu yang membawa kepada lahirnya sebuah karya yg dapat dikongsikan dengan masyarakat.Karya yang dihasilkan berbentuk tulisan ataupun teks yg dibaca oleh pembaca samada ianya mudah difahami ataupun sebaliknya.Penulisan yg baik dapat memudahkan pembaca untuk memberikan respon yang baik kepada karya penulisannya.


 Kebaikan penulisan yang pertama ianya dapat memberikan kepuasan kepada penulisnya.Sifat yang suka menulis dijadikan hobi menyebabkan banyak karya-karya penulisan dihasilkan.Penghasilan karya yang banyak menyebabkan rasa yang amat berbaloi dikalangan penulis itu.Bahkan karya yang dihasilkan mereka hanya untuk kepuasan semata-mata tanpa mengharapkan balasan mahupun ganjaran.Hal ini kerana mereka lebih mengutamakan  keseronokan menulis daripada keseronokan keuntungan hasil jualan karya penulisan itu.


 Kebaikan penulisan yang kedua ialah dapat menyampaikan maklumat.Penulis mampu menyampaikan maklumat kepada pembaca samada dalam bentuk ilmiah mahupun berbentuk isu-isu terkini iaitu dalam atau luar negara.Penulisan ilmiah disampaikan dalam bentuk buku panduan,tips-tips menjadi seseorang yang berjaya  sebagai contohnya dan berbagai lagi.Manakala bagi isu-isu terkini pula dipaparkan melalui pemberitaan seperti hiburan,sukan,ekonomi,bencana dan segalanya yang baharu.Sebagai contohnya berita mengenai kemerosotan ekonomi ataupun kejadian banjir yang berlaku.


 Kebaikan penulisan yang ketiga ialah penulis dapat memberi pengajaran kepada yang membaca.Penulisan jenis ini lebih kepada penceritaan mengenai masa hadapan,kesan-kesan melakukan sesuatu mahupun berunsurkan nasihat.Hal ini kerana sesuatu penulisan ini seringkali deselitkan unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan sebagai peringatan kepada pembaca pada masa yang akan datang.Sebagai contohnya penggunaan dadah,ianya akan membawa kesan buruk kepada jangka masa panjang.Selain itu. pengambilan dadah boleh membawa implikasi-imlikasi negatif pada masa akan datang.


 Kebaikan penulisan yang keempat ialah dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang membaca hasil penulisan tertentu.Penulis yg baik dapat menghasilkan karya yang dapat menarik minat pembaca.Gaya penulisannya yang menarik disulam dengan lawak dan jenaka dapat membantu pembaca mengurangkan tekanan yang dihadapinya.Selian itu,hasil grafik mahupun kecantikan sesuatu karya dapat menarik minat pembaca,justeru dapat menghilangkan stress.


 Kebaikan yang kelima ialah ianya dapat menyerlahkan kreativiti penulis.Melalui gaya penulisan yang gratis dan menarik yang dihasilkan penulis dapat menggambarkan kekretivitifan sesorang penulis.Melalui pengolahannya dan mengindahkan ayat dapat menimbulkan rasa minat pembaca untuk lebih membaca.Hal ini dapat menaikkan rasa ingin mengetahui lebih mendalam sesebuah karya.Kesempurnaan penulisan akan mendapat sambutan daripada pembaca.Hal ini kerana kejayaan sesusatu karya bergantung kepada pembaca.semakin ramai yang membacanya,semakin tinggi mutu pengikhtirafan sesuatu penulisan tersebut.


 Kesimpulannya,penulisan merupakan sesuatu bidang yang mempunyai banyak kebaikannya.Penghayatan terhadap apa yang ditulis menyebabkan karya yang dihasilkan amat bermutu tinggi.Selain itu,ianya juga menjadi sebahagian daripada alat komunikasi dikalangan penulis dan pembaca untuk menyampaikan sesuatu.Oleh itu,budaya memupuk sikap ingin menulis haruslah ditekankan oleh semua lapisan masyarakat,hal ini bukan saja dapat memberi kepuasan kepada penulis,namun dapat mencambahkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat