Tuesday, March 22, 2011

FORM 6 . Antara Persahabatan dan Kenangan !!!


Assalamualaikum dan sejahtera kpda reader semua .. title aku kali ni mengisahkan pengalaman aku ketika memasuki Form 6 di SMK Mahsuri.Pada awalannya sudah menjadi kepastian utk aku memasuki Form 6 (sbb result SPM x gempak) haha.. sebelum aku memasuki form 6 . aku meyertai PLKN dan aku terburu2 nak blek awal sbb Form 6 punyer pasal laa.. sampai latihan menembak pon x sempat buat ...rugi rugi !! . aku blek dlm bulan 5 camtuh dan dgn berkepala botakkan aku mendaftarkan diri memasuki Form 6 .. Aku masih mengingati lagi masa tu Cikgu Anis Azrina yg tinggi lagi lawa tu menunggu saat pendaftaran di meja dlm kelas F0rm 6.. aku ditemani Apek telah melaporkan diri ketika itu... tidak ketinggalan beberapa org kwan aku spt Sani dan Am turut dan selainnya beberapa org lagi yg turut mendaftarkan diri..

Mmg agak bersemangat pada mulanya !!! pada minggu pertama dan kedua kami menjalani program orietasi. Tiba2 semangat aku mula turun stelah Apek dan Am ingin keluar dri Form 6 .. Apek ingin ke MMU,Am pula ke Kolej Komuniti .. Agak hampa rsenya aku hanya di kampong halaman tanpa penghijrahan !!! di tambahkan lagi dengan sindiran2 beberapa pihak mengenai aku kerana memilih Forn 6 ( maklum laa,anak diorang masok U) hahaa... tidak lama kemudian aku mula memberontak dan memaksa mak aku utk keluar Form 6 dan memasuki U swasta iaitu MSU .. aku dapat tawaran Diploma Grafic Design kesana .. mak aku sekeras-kerasnya tidak membenarkan !! apakan daya aku mula memberontak.. x silap aku aku x pegi hari Orentasi 1 minggu ...

Setelah memikirkan dgn sedlm dlmnya mengenai masa depan aku akhirnya aku mengambil keputusan utk meneruskan form 6 . Walaupon pahit utk menerima keutusan ini aku menggagahkan diri ke sekolah pada hari pertama slpas orientasi !!! pada pagi hari Ahad aku memasuki kawasan sekolah dengan kepala botak macam budak Skinhead,berpakaian sekolah sedangkan kawan2 aku yg lainnya berpakaian bebas di Universiti masing2,dan perlu mengikuti peraturan sekolah tidak seperti kwn2 ku yg bebas mebuat apa sja, pagi di sekolah seperti biasa harus menyanyi lagu Negaraku,lagu Negeri Kedah,lagu Jabatan dan lagu Sekolah...arrggghhh ..membosankan .. tapi aku harus menhadapinya.

Pada hari pertama memasuki kelas,aku memilih kelas P1T2 iaitu kelas sastera,agak ramai pilih kelas ini manakala kelas ekonomi hanya budak2 perempuan shj ketika itu,bilangan diorng pon siket jek !!!Pada hari berikutnnya fikiran aku berubah utk memilih kelas Ekonomi kerana merasakan jiwa aku bukan jiwa sastera.. selain aku rmai juga yg memasuki kelas Ekonomi..haha...Aku memasuki kelas P1T1,guru kelas kami ialah Cikgu Zubaidi yg mengajar Sejarah 2 dan PA1,Cikgu Fauzi mengajar Makro dan Mikro ekonomi,Cikgu Hashim mengajar Sejarah 1,Cikgu Sulastri mengajar PA 2,Cikgu Azmahani mengajar GEO Fizikal,Cikgu Intan mengajar GEO Manusia dan Sir Zul mengajar MUET... agak seronok juga aku memilh Form 6 nih!!! pemikiran aku mula berubah.. Hari demi hari setelah tolak campur bahagi dan darab bilangan muktamadnya pelajar dlam kelas aku ialah 15 org iaitu Shah,Anas,Sani,Dolah,aku,Bang Long,Seow Fenn, Jessie, Fatin, Mas, Adila, Amelia, Wawa, Tikah dan Nik.Memasuki form 6 atas,kami kehilangan Wawa yg melanjutkan pelajaran ke UiTM dan kami menerima ahli baru iaitu Moon dan Aizaf.

Kenangan di dlm kelas mahupun di luar kelas memberikan memori penting yg harus aku simpan hingga dikandung tanah...sgt seronok apabila setiap aktiviti dilakuan bersama.. ketika pembelajaran kami sgt memberikan komitmen yg tinggi... semasa guru xda pula komitmen yang tinggi digunakan dengan bersembang sampai nak pechah dinding kelas... on9 FB dan melayan lagu KOREA (Aizaf la tuh) haha.... namun begitu pelajaran harus diberi keutamaan.. Setiap pelajar pula mempunyai karakter masing2 yang menyebabkan kelas kami semakin gempax.. !!! ..Shah dengan Blurr,Sani suka tido dlm kelas cikgu Hashim dan Fauzi,Anas nak cepat keluar rehat,Bang Long dengan gaya Matangnya,aku ??? hmmm entah laaa... Dolah yg slalu fokur kdang2 menggila,Aizaf dgn cerewek dan suka mengutuk ,Seow Fenn menjadi ulat buku,Jessy yg slalu dikenakan,Fatin yg pot pet, Adial pula ska berdebat,Amelia dengan gaya Queen,Nik yg suka Mengilai,Tikah yg slalu bercakap dan membuka kedai kopi lalu mengena Jessy..haha... dan Moon ngan slamberrnye !!!

Bila diingatkan kembali kenangan ketika berada di tingkatan 6 ini amat bermakna sekali selama aku menjadi murid2 di sekolah.Aku mula sedar yg Form 6 x seteruk mana sgt .. Form 6 telah mengajar aku erti kehidupan sebaengarnya...melalui kwan2 dan guru2, aku xkan kemana2...merekalah yg menyumbang kepada kejayaan aku setelah mendapat result STPM yg agak baik.Dengan result ini aku dpt menebus kehampaan aku ketika SPM.. kepada guru2 yg memberi sumbangan yg tidak berbelah bahagi,sya amat menghargai dan kepada kawan2... jgnlah kita berhenti setakat ini shaja !!! persahabatan haruslah dikekalkan kerana kitalah telah bersama2 mengukir kejayaan bersama2..tanpa korang aku xkan kemana2...

SHAMSNAKKER :: mengimbas kenangan !!!

Monday, March 21, 2011

Sham Snakker Budak Baru !!


Salam !!! Berhari-hari, berminggu-minggu mahupun pertahun-tahun aku menunggu saat ini akhirnya aku dapat merialisasikan hasrat aku utk membikini sebuah blog tersendiri. Sudah lama aku menjelajahi alam cyber ini dan aku mula tertarik melalui penulisan dan pembacaan blog-blog yg aku lawati.. 

dari pandangan kacamata mula mempengaruhi minda dan meyebabkan jari jemariku mula menggatal-gatal utk membuat blog SHAM SNAKKER ini ... sapakah 'SHAM' ? sham ni adalah aku laa... apa itu 'SNAKKER'..? mesti korang terkial-kial berfikir mengenai word ni ... aku menjelajah jauh utk mencari word ni !!! sejauh hingga ke NORWAY ... haha... jauh kann !!!... ianya bermaksud 'BERBICARA'... bila digabungkan menjadi 'SHAM SNAKKER' ertinya 'SHAM BERBICARA'... haha... pada mulanya bermacam2 jenis nama aku fikirkan utk menamakan blog aku ni sehinggakan kepala hotak pon da biol !!! diatas undian yg dijalankan keatas sistem tubuh badanku,akhirnya otakku membuat keputusan dan jari-jemariku membuat pengumuman !!! 'SHAM SNAKKER' sudah menang!!!bravo bravo !! ... mmg pelik bunyiner ... tapi lantak la apa korang nak kata !!! janji blog aku ada nama... 

Tujuan aku menulis dan mengcreatekan blog ni hanya utk suka-suka sja..xda kaitan antara hidup dan yg mati.. aku hanya ingin meluahkan segala yg tersarat dlam pemikiran aku dan pengalaman aku sebagai manusia di atas muka bumi ni..Melalui penulisan dlm blog ni aku dapat share pelbagai kisah,pengalaman,pemikiran dan pelbagai lagi.Aku harapkan korang bule terima blog aku ini dan aku akan terima segala kritikan yg akan dilemparkan ... Lastly aku nak cakap sbagai budak baru tolong2 la tunjuk ajar aku dan support my blog oke ...

SHAM SNAKKER :: Adiosss !!