Tuesday, October 4, 2011

Refleksi 1

Dalam sekumpulan kecil,bincangkan kebaikan penulisan dengan mengaitkannya dengan topik yang baru diperbincangkan.






 Secara amnya,penulisan dikaitkan dengan cetusan idea mahupun pengalaman seseorang itu yang membawa kepada lahirnya sebuah karya yg dapat dikongsikan dengan masyarakat.Karya yang dihasilkan berbentuk tulisan ataupun teks yg dibaca oleh pembaca samada ianya mudah difahami ataupun sebaliknya.Penulisan yg baik dapat memudahkan pembaca untuk memberikan respon yang baik kepada karya penulisannya.


 Kebaikan penulisan yang pertama ianya dapat memberikan kepuasan kepada penulisnya.Sifat yang suka menulis dijadikan hobi menyebabkan banyak karya-karya penulisan dihasilkan.Penghasilan karya yang banyak menyebabkan rasa yang amat berbaloi dikalangan penulis itu.Bahkan karya yang dihasilkan mereka hanya untuk kepuasan semata-mata tanpa mengharapkan balasan mahupun ganjaran.Hal ini kerana mereka lebih mengutamakan  keseronokan menulis daripada keseronokan keuntungan hasil jualan karya penulisan itu.


 Kebaikan penulisan yang kedua ialah dapat menyampaikan maklumat.Penulis mampu menyampaikan maklumat kepada pembaca samada dalam bentuk ilmiah mahupun berbentuk isu-isu terkini iaitu dalam atau luar negara.Penulisan ilmiah disampaikan dalam bentuk buku panduan,tips-tips menjadi seseorang yang berjaya  sebagai contohnya dan berbagai lagi.Manakala bagi isu-isu terkini pula dipaparkan melalui pemberitaan seperti hiburan,sukan,ekonomi,bencana dan segalanya yang baharu.Sebagai contohnya berita mengenai kemerosotan ekonomi ataupun kejadian banjir yang berlaku.


 Kebaikan penulisan yang ketiga ialah penulis dapat memberi pengajaran kepada yang membaca.Penulisan jenis ini lebih kepada penceritaan mengenai masa hadapan,kesan-kesan melakukan sesuatu mahupun berunsurkan nasihat.Hal ini kerana sesuatu penulisan ini seringkali deselitkan unsur-unsur pengajaran yang boleh dijadikan sebagai peringatan kepada pembaca pada masa yang akan datang.Sebagai contohnya penggunaan dadah,ianya akan membawa kesan buruk kepada jangka masa panjang.Selain itu. pengambilan dadah boleh membawa implikasi-imlikasi negatif pada masa akan datang.


 Kebaikan penulisan yang keempat ialah dapat mengurangkan tekanan kepada pembaca yang membaca hasil penulisan tertentu.Penulis yg baik dapat menghasilkan karya yang dapat menarik minat pembaca.Gaya penulisannya yang menarik disulam dengan lawak dan jenaka dapat membantu pembaca mengurangkan tekanan yang dihadapinya.Selian itu,hasil grafik mahupun kecantikan sesuatu karya dapat menarik minat pembaca,justeru dapat menghilangkan stress.


 Kebaikan yang kelima ialah ianya dapat menyerlahkan kreativiti penulis.Melalui gaya penulisan yang gratis dan menarik yang dihasilkan penulis dapat menggambarkan kekretivitifan sesorang penulis.Melalui pengolahannya dan mengindahkan ayat dapat menimbulkan rasa minat pembaca untuk lebih membaca.Hal ini dapat menaikkan rasa ingin mengetahui lebih mendalam sesebuah karya.Kesempurnaan penulisan akan mendapat sambutan daripada pembaca.Hal ini kerana kejayaan sesusatu karya bergantung kepada pembaca.semakin ramai yang membacanya,semakin tinggi mutu pengikhtirafan sesuatu penulisan tersebut.


 Kesimpulannya,penulisan merupakan sesuatu bidang yang mempunyai banyak kebaikannya.Penghayatan terhadap apa yang ditulis menyebabkan karya yang dihasilkan amat bermutu tinggi.Selain itu,ianya juga menjadi sebahagian daripada alat komunikasi dikalangan penulis dan pembaca untuk menyampaikan sesuatu.Oleh itu,budaya memupuk sikap ingin menulis haruslah ditekankan oleh semua lapisan masyarakat,hal ini bukan saja dapat memberi kepuasan kepada penulis,namun dapat mencambahkan ilmu pengetahuan dikalangan masyarakat

Monday, July 25, 2011

Accident :(

Pada 19 Julai 2011 berasamaan hari Selasa minggu lepas . . dalam lingkungan pukol 12.20pm camtuh laa kann.. sesuatu telah berlaku kat diri akuu beb . hmmmm . .. nak tau jadi ape? nak dijadikan cerita .. pada pukol 10.00am pagi tuh aku balek kampong sbb ada hal kan pejabat DUN Ayer Hangat...aku ditemani Tikah iaitu classmate and best pren aku... heee.. then slesai kat pejabat DUN tuh aku gerak pi Klinik Ayer Hangat cuz sja nak teman2 Tikah buat Medical Check up sambel menunggu 2 orang rakan lagi iaitu Aizaf dan Munirah yg turut sama membuat medical check up... slepas diorang sampai aku pon gerak laa  balek umah tok aku nak ambek lappy aku.. aku terburu2 kot sebab aku da lewat sebab aku da jnji ngan kawan aku sorang lagi iaitu Keon utk menghantar dea kat Pelabuhan Tanjung Lembong nak ambek moto dea yg bru sampai...

Nak dijadikan cerita lagi... aku balik jalan kampong belakang klinik sebab aku mmg suka lalu jalan tuhh... bukan apa jalan kat situ syok tengok pemandangan dea yg dikelilingi sawah padi yg terbentang luas... sungai yg cantik. dan tasik yg tenang dan dan dann... orang jarang lalu sangatt. hahahaa... aku dengan bertopi keledarkan KHi berwarna hitam pon menunggang lahh novo merah kesayangan akuh nih...

Ni lahh Sungai Itau yg bersebelahan jalan kampong aku

Novo aku masa bru beli.1st time nih mandikan dea

Akuh pon memecut dengan kelajuan 60km/j di jalan kampong... terburu2 la katakannn . . sambil menikmati keindahan alam... aku melepasi kampung Bohor Merah,kemudian memasuki jalan Kampung Ayer Hangat...sebelum memasuki Kampung aku iaitu Kampung Sungai Itau... terdapat satu selekoh....Aku memasuki selekoh tersebut... tiba2 aku terkejut dan aku xdpt kawal moto aku sebab di depan aku terdapat seorang mak cik yg juga menunggang moto dengan laju juga la katakann memasuki jalan aku dannn apa lgiiii .. !! betembung laaa .. kedebukkkkk .. kedua2 jatuh ibarat nangka busukk ..hahaaa... aku jatuh atas jalan tat... makcik uh jatuh atas rumput di tebing sungai.. aku menggagahkan diri utk bangun.. aku tunduk tengok kaki aku ... ADUIIIHHHHH.. jari kaki aku len macan jekk ..SAKETT kott...  aku cuba tanya mak cik tuh "Mak Cik Okey x?" dengan bersila kesakitan tetapi senyum menjawab "tangan makcik ni jaa saket"... aku mencari henset aku. nak tepon mak caq akuhh... sambel tengok moto aku.. ALLAHH.. Duit Pulakkkk !!!! . .


Kesan accident kat moto aku 
Selang beberapa saat ada org laluu... aku dengar sorang laki nih tanya mak cik nihh... "Kak Teh mai dari mana?" dijawabnya "Mai dari kedai Mek Mbon nuh beli ikan,tiba2 nampak polis nak buat Road block td sebab tuh Kak Teh balek jalan kampong".. OOOO.. nak larik dari polis laaa nihhh... hadoii.. mak cik Ohh mak cikk ... then laki tuh tanya aku  . . "hang mai dari mana?"... aku jwab "mai dri klinik Ayer Hangat nuhh"Dalam beberapa minit Pak Caq aku pon maii.... dan menanya aku "Hg oke kaa sham?".. oke apa .. KO dah laaa nii.. hahaa.. aku pon dibawak ke klinik Ayer Hangat pulak .. diajak mak cik uh xmo sebab nak berubat kampong . . Satu hal lagi yg lawaknyaaa... Aku baru balek dari Klinik... then dlm 10minit pulak aku pi pulak dengan kerusi roda..hahahahahaaaa... lawak lawakk.. ada sorang nurse nih herann.. "hawat pulak dgn hang nihh.. td ja baru maii ???" .. aku jawab . . "Accident laaa cik nurse".. huhu....(sambel buat muka kesian) ... dalam 2jam aku dok kat klinik memperbetulkan 2 tulang jari kaki aku yg larik nih amat perit sebab 2kali x-ray lepas tuh part paling menyeksakan ialah mas diurut tempat yg saket tuh.. Argggghhhh... saket siot. 2 kali dea urot... 1st urot jari xmasok... lepas tuh x-ray pulak.. then urot kali ke-2 da masok.. Alhamdulillahhh... naseb bek tulang jari ja larikk.. kalu patah kaki ka .. lagi laaa susahh.. huhuhu.. dah laaa. akhir2 ni bz sket.....

Tali getah tuh yg paling mahaii uhh ..hehe

Nih la keadaan kaki aku yg maseh membengkak lagi
But now aku kat kampong jaa.. masok hari nih da 6hari aku kat sini... huhu.. susah gila bila jadi mcam nii.. jalan x bule.. mengesot jaaa... naseb bek aku ada mak2 sedara yg baik2 hati.. tq Mak Jang sebab menjadi nurse slama sham kat kampongg... yg paling menggusarkan kepala otak aku bila time berak .. Susah dohh... hahahaaaa.. tapi hari demi hari keadaan da uke.. cuma moto x pi repair lagi.. tuh pon naseb baek keluarga mak cik uh bagi jugax duit ganti rugi moto walaupon jumlahnya tidak memadai .. !!! kalau x bagi gax nek Court laaa. hahahaaa.. tpi aku maseh prihatinn ...

Apa2 pon aku tetap bersyukur sebab kesan accident akuh nih x la serius sgt ... waktu nih laa aku bule tgok orang2 yg ambek berat pasal akuh.... terutamanya mak aku .. :) . . dan trima kaseh jugax laaa sapa2 yg mai melawat akuh walaupon aku x la terok mana sgt kalau nak dibandingkan org len yg accident sampai xda kepala... hahahaaa ... sekiaannnn !!! :P

Sunday, July 24, 2011

Tercapai jugaaa !

Logo UUM
Helo Yellow !!! :) pasal UPU dah lepas .. skrang ni kita ceta pasal Universiti yg aku akan dokk .... U mna hahh ? UUM laaa.... dekat jaaa . . pejam mata pon bule sampai dari tempat aku..hahax. . . dlu dok harap dapat U jaoh2 gax mcam UKM,UPM,UTM.... tapi dpt gax U yg dekat2.. tpi aku x kesah.. janji aku dpt menjejaki kaki ke menara gadingg.. cewwahh !!! ... course yg aku dpt pon bule tahan gax laaa.. msok dlm jiwa aku... org cakap klau kita minat benda tuhh.... senang bagi kita mengikutinya !!! betol x? bila difikirkan balek !! untong jugax aku dpt UUM ni... sbb pertama dekat ngan tempat aku tinggal iaitu kat LANGKAWI.Kalau aku dpt U jaoh2 mcam UTM di Skudai lagi la trokk laa sbb nak kos pengangkutan mahal.Sebab kedua, UUM dok kawasan luar banda.. maknanya kos sara hidop tuh xla mahal kalau nak dibandingkan U2 lain di kawasan bandar.Sebab ketiga ialah UUM dekat ngan Danok !!! kahkahkahhh.. aku gurau jaaa.... xbek pi Danok tuhh... stakat pi buat benda baek xpa...


Sebelom akumenjejaki kaki ke UUM .. aku kena survey dlu mengenai UUM nih . aku tertarik dengan keindahan kawasan UUM yg dikelilingi kawasan hijau.. selain itu lanskap dalaman UUM pon sangat menarik mata aku yg melihatnya walaupun belum melihat dengan mata kasar . .

Lanskap berhadapan Dewan Muadzam Shah

Tugu yang berbentuk logo UUM mengadap Bangunan Canselori

Lanskap di UUM

Pemandangan dari atas DPP SME Bank

Padang Bola di DPP SME Bank

Pintu Gerbang UUM

Berdasarkanan gambar2 diatas dapat dikatakan UUM mmg cantik.. nih betambah semangat aku untuk kesana... Keindahan di kawasan Universiti dapat memberikan keselesaan kepada penuntut untuk belajar dengan selesa... Selain itu, kolej yg bersesuaian dengan course yg aku dpt ialah di COLGIS .. hampa tengok la video ni yg menerangkan serba sedikit mengenai kolej aku 



Nih pulak mengenai lagu yg akan aku menyanyi apabila di UUM:




LAGU UNIVERSITI

BIRU WARNA

Kami Anak Alam Insan Tuhan
Ngembara Langit Biru Mencari Ilmu
Berteman Kebudimanan
Bina Nusa Bina Dunia Sejahtera
UNIUTAMA Ibu Yang Tercinta
Kami Doa Lanjut Usia Bahagia
Kami Janji Hormati Pesanmu
ILMU BUDI DAN BAKTI


Sesungguhnya saya bangga diterima menjadi warga UNIVERSITI UTARA MALAYSIA. :) tak sabar pulak nak jejakkan kaki kew sana ... heheheee.. wassalamm !!!





Bila Result UPU Keluar !!

Hari yg ditunggu2 dlm hidup  aku dah pon muncol !!! itulah yg bermaen dalam kotak fikiran aku.Pada pagi 15 Julai 2011, aku mencipta sejarah dlm tahun sbb hari paling terawal aku bangun tidor.. haha.. Kenapa agaxnya ? nak tau pasal apa ? sebab aku da mcam cacing kepanasan yg mengalami seram sejuk seram sejuk sampai x boleh nak lena dah dok fikir tentang keputusan yang akan aku dpt !!! mana xnya.. keputusan ni penting dalam hidup aku wehh !!! yg akan mengubah hidup aku dan cita2ku :)

walaupun result dikatakan akan keluar pada 12 tgh hari,aku mmg da x senang duduk dahh... mmg emosi laaaa !!! gila wehh.. mcam2 aku piker !! kalau aku x dpt masuk U apa aku nak buat?kalau x dpt u wlaupon result elok apa plak orang cakap ? kalau dpt u jaoh2 sana nak hantar aku ? kalau dpt kos yg x menarik habes laa aku !! hahahaa . . mmg serabot gila lahh.. Walau mcam mana pon aku beruntung sebab aku mempunyai mak yg memahami dan cuba menenangkan aku ... 

tapi jiwa aku x lagi tenang.. hati masih mengira detik2 yg semakin hampir ke jam 12 tgh hari .. ditambah dengan pelbagai dugaan yg diterima pada hari tuhh... pada mulanya aku balek kampong nak guna wifi kat umah tok aku... tiba2 ja pada pukol 11.50 ja tenet xda... aku dengan ketensionan lalu memecut skuter novo s aku pergi ke CC . sampai jek ke CC dlm pkol 12.30p.m hahadoii.. dah melepasi masa dah nihh !!!! sebak gila msa nihh..... aku mula menggelabah !!! perkara pertama yang aku bukak kat depan komputer ialah FB (Wajib) .. aku baca status Jamil .. wowww !! dea da dpt laaa .. hmmm... lalu aku pon bukak website UPU . . perkara pertama dea suroh pilih tatogeri exam kita... pastuh dea tanya no I/C kita . pastu dea tanya angka giliran kita !! Oppss .. saya terlupa ...argghhhh tension gilaaaa... skali lagi aku pecot novo s aku blek umah nak ambek slip peksa STPM aku... sebelum tuh aku memesan kat kat cc tuh suroh tlong jaga PC aku satgi kot ada orang kebas.. dah la time aku balek ramai ja dok bediri carik PC kosong hahaaa... tapi naseb baek kak tuh tolong jaga .. trima kaseh kat kak tuh !! :) setelah aku sampai aku pon dengan pantas type angka giliran aku ....... setelah siap mengisi semuanya .. dengan lafas BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIMMM ...... aku click button MASUK ... dengan bangganya aku tersenyum lebarr.... penat lelah aku belajar selama 15tahun termasuk tadika sekolah terbalasss.. aminnnnnnnnnn !!! syukur sangat2... kini aku terseyum riang !!!! :)



Kini impian aku menjadi kenyataan... aku bangga dengan diri aku .. aku dpt melanjutkan pelajaran kat Universiti Utara Malaysia(UUM) dengan kos Ijazah Pengurusan Pembangunan dengan Kepujian. Lepas ni perjalanan hidup aku akan bermula... aku akan mengejar cita2 aku . walaupun aku dapat melanjutkan pelajaran ke 'U'.Ianya tidak bermakna impianku berakhir begitu saja.. tapi ianya gerbang untuk aku terus mencapai kejayaan ... :)

*Maaf kat reader sume sbb topic kita kali ini agax lambat sebab ada masalah2 yg harus diselesaikan . Tapi ianya tidak menghalang saya untuk berkongsi cerita dgn kaliannnn .... dikesempatan ini saya juga nak ucapkan TAHNIAH kepada kawan2 yg dapat melanjutkan pelajaran seperti saya .. kepada yg tidak dapat jangan ingat perjuangan anda berhenti setakat ini... teruslah berusaha untuk mencapai cita2 yg dihajati .. :) 



Tuesday, March 22, 2011

FORM 6 . Antara Persahabatan dan Kenangan !!!


Assalamualaikum dan sejahtera kpda reader semua .. title aku kali ni mengisahkan pengalaman aku ketika memasuki Form 6 di SMK Mahsuri.Pada awalannya sudah menjadi kepastian utk aku memasuki Form 6 (sbb result SPM x gempak) haha.. sebelum aku memasuki form 6 . aku meyertai PLKN dan aku terburu2 nak blek awal sbb Form 6 punyer pasal laa.. sampai latihan menembak pon x sempat buat ...rugi rugi !! . aku blek dlm bulan 5 camtuh dan dgn berkepala botakkan aku mendaftarkan diri memasuki Form 6 .. Aku masih mengingati lagi masa tu Cikgu Anis Azrina yg tinggi lagi lawa tu menunggu saat pendaftaran di meja dlm kelas F0rm 6.. aku ditemani Apek telah melaporkan diri ketika itu... tidak ketinggalan beberapa org kwan aku spt Sani dan Am turut dan selainnya beberapa org lagi yg turut mendaftarkan diri..

Mmg agak bersemangat pada mulanya !!! pada minggu pertama dan kedua kami menjalani program orietasi. Tiba2 semangat aku mula turun stelah Apek dan Am ingin keluar dri Form 6 .. Apek ingin ke MMU,Am pula ke Kolej Komuniti .. Agak hampa rsenya aku hanya di kampong halaman tanpa penghijrahan !!! di tambahkan lagi dengan sindiran2 beberapa pihak mengenai aku kerana memilih Forn 6 ( maklum laa,anak diorang masok U) hahaa... tidak lama kemudian aku mula memberontak dan memaksa mak aku utk keluar Form 6 dan memasuki U swasta iaitu MSU .. aku dapat tawaran Diploma Grafic Design kesana .. mak aku sekeras-kerasnya tidak membenarkan !! apakan daya aku mula memberontak.. x silap aku aku x pegi hari Orentasi 1 minggu ...

Setelah memikirkan dgn sedlm dlmnya mengenai masa depan aku akhirnya aku mengambil keputusan utk meneruskan form 6 . Walaupon pahit utk menerima keutusan ini aku menggagahkan diri ke sekolah pada hari pertama slpas orientasi !!! pada pagi hari Ahad aku memasuki kawasan sekolah dengan kepala botak macam budak Skinhead,berpakaian sekolah sedangkan kawan2 aku yg lainnya berpakaian bebas di Universiti masing2,dan perlu mengikuti peraturan sekolah tidak seperti kwn2 ku yg bebas mebuat apa sja, pagi di sekolah seperti biasa harus menyanyi lagu Negaraku,lagu Negeri Kedah,lagu Jabatan dan lagu Sekolah...arrggghhh ..membosankan .. tapi aku harus menhadapinya.

Pada hari pertama memasuki kelas,aku memilih kelas P1T2 iaitu kelas sastera,agak ramai pilih kelas ini manakala kelas ekonomi hanya budak2 perempuan shj ketika itu,bilangan diorng pon siket jek !!!Pada hari berikutnnya fikiran aku berubah utk memilih kelas Ekonomi kerana merasakan jiwa aku bukan jiwa sastera.. selain aku rmai juga yg memasuki kelas Ekonomi..haha...Aku memasuki kelas P1T1,guru kelas kami ialah Cikgu Zubaidi yg mengajar Sejarah 2 dan PA1,Cikgu Fauzi mengajar Makro dan Mikro ekonomi,Cikgu Hashim mengajar Sejarah 1,Cikgu Sulastri mengajar PA 2,Cikgu Azmahani mengajar GEO Fizikal,Cikgu Intan mengajar GEO Manusia dan Sir Zul mengajar MUET... agak seronok juga aku memilh Form 6 nih!!! pemikiran aku mula berubah.. Hari demi hari setelah tolak campur bahagi dan darab bilangan muktamadnya pelajar dlam kelas aku ialah 15 org iaitu Shah,Anas,Sani,Dolah,aku,Bang Long,Seow Fenn, Jessie, Fatin, Mas, Adila, Amelia, Wawa, Tikah dan Nik.Memasuki form 6 atas,kami kehilangan Wawa yg melanjutkan pelajaran ke UiTM dan kami menerima ahli baru iaitu Moon dan Aizaf.

Kenangan di dlm kelas mahupun di luar kelas memberikan memori penting yg harus aku simpan hingga dikandung tanah...sgt seronok apabila setiap aktiviti dilakuan bersama.. ketika pembelajaran kami sgt memberikan komitmen yg tinggi... semasa guru xda pula komitmen yang tinggi digunakan dengan bersembang sampai nak pechah dinding kelas... on9 FB dan melayan lagu KOREA (Aizaf la tuh) haha.... namun begitu pelajaran harus diberi keutamaan.. Setiap pelajar pula mempunyai karakter masing2 yang menyebabkan kelas kami semakin gempax.. !!! ..Shah dengan Blurr,Sani suka tido dlm kelas cikgu Hashim dan Fauzi,Anas nak cepat keluar rehat,Bang Long dengan gaya Matangnya,aku ??? hmmm entah laaa... Dolah yg slalu fokur kdang2 menggila,Aizaf dgn cerewek dan suka mengutuk ,Seow Fenn menjadi ulat buku,Jessy yg slalu dikenakan,Fatin yg pot pet, Adial pula ska berdebat,Amelia dengan gaya Queen,Nik yg suka Mengilai,Tikah yg slalu bercakap dan membuka kedai kopi lalu mengena Jessy..haha... dan Moon ngan slamberrnye !!!

Bila diingatkan kembali kenangan ketika berada di tingkatan 6 ini amat bermakna sekali selama aku menjadi murid2 di sekolah.Aku mula sedar yg Form 6 x seteruk mana sgt .. Form 6 telah mengajar aku erti kehidupan sebaengarnya...melalui kwan2 dan guru2, aku xkan kemana2...merekalah yg menyumbang kepada kejayaan aku setelah mendapat result STPM yg agak baik.Dengan result ini aku dpt menebus kehampaan aku ketika SPM.. kepada guru2 yg memberi sumbangan yg tidak berbelah bahagi,sya amat menghargai dan kepada kawan2... jgnlah kita berhenti setakat ini shaja !!! persahabatan haruslah dikekalkan kerana kitalah telah bersama2 mengukir kejayaan bersama2..tanpa korang aku xkan kemana2...

SHAMSNAKKER :: mengimbas kenangan !!!

Monday, March 21, 2011

Sham Snakker Budak Baru !!


Salam !!! Berhari-hari, berminggu-minggu mahupun pertahun-tahun aku menunggu saat ini akhirnya aku dapat merialisasikan hasrat aku utk membikini sebuah blog tersendiri. Sudah lama aku menjelajahi alam cyber ini dan aku mula tertarik melalui penulisan dan pembacaan blog-blog yg aku lawati.. 

dari pandangan kacamata mula mempengaruhi minda dan meyebabkan jari jemariku mula menggatal-gatal utk membuat blog SHAM SNAKKER ini ... sapakah 'SHAM' ? sham ni adalah aku laa... apa itu 'SNAKKER'..? mesti korang terkial-kial berfikir mengenai word ni ... aku menjelajah jauh utk mencari word ni !!! sejauh hingga ke NORWAY ... haha... jauh kann !!!... ianya bermaksud 'BERBICARA'... bila digabungkan menjadi 'SHAM SNAKKER' ertinya 'SHAM BERBICARA'... haha... pada mulanya bermacam2 jenis nama aku fikirkan utk menamakan blog aku ni sehinggakan kepala hotak pon da biol !!! diatas undian yg dijalankan keatas sistem tubuh badanku,akhirnya otakku membuat keputusan dan jari-jemariku membuat pengumuman !!! 'SHAM SNAKKER' sudah menang!!!bravo bravo !! ... mmg pelik bunyiner ... tapi lantak la apa korang nak kata !!! janji blog aku ada nama... 

Tujuan aku menulis dan mengcreatekan blog ni hanya utk suka-suka sja..xda kaitan antara hidup dan yg mati.. aku hanya ingin meluahkan segala yg tersarat dlam pemikiran aku dan pengalaman aku sebagai manusia di atas muka bumi ni..Melalui penulisan dlm blog ni aku dapat share pelbagai kisah,pengalaman,pemikiran dan pelbagai lagi.Aku harapkan korang bule terima blog aku ini dan aku akan terima segala kritikan yg akan dilemparkan ... Lastly aku nak cakap sbagai budak baru tolong2 la tunjuk ajar aku dan support my blog oke ...

SHAM SNAKKER :: Adiosss !!