Saturday, June 16, 2012

Jambatan Langkawi : Antara Realiti atau Fantasi ?

CADANGAN JAMBATAN PUTUS KUALA SANGLANG KEDAH KE LANGKAWI "GERBANG MAHSURI".
(KEMUKA PADA TUN DR.MAHATHIR PADA TAHUN 2005)
ILHAM DARI YB. DATO' IR.NAWAWI BERSAMA SUNAN ARCHITECT @ IRAS CIPTA DESIGN







  
Assalamualaikum, inilah lakaran jambatan putus yang dicadangkan. Bagi cadangan saya, cadangan ini boleh diterima pakai bagi menggantikan projek Jambatan Langkawi - Kuala Perlis yang pernah dicadangkan suatu ketika dahulu. Hal ini kerana cadangan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis memang tidak relevan bagi saya sebagai penduduk Langkawi kerana jika di realisasikan akan mendatangkan beberapa faktor yang negatif seperti :
  • Industri perhotelan akan terjejas 
  • Pengusaha kereta sewa akan bankrup
  • Pengusaha Ferry turut terjejas
  • peluang pekerjaan akan berkurang
  • Hilang status 'Bebas Cukai'
  • Pencemaran akan bertambah  
  • Berlaku kesesakan lalu-lintas
Hal ini semuanya akibat kemasukan pelancong secara terus menerus dengan menggunakan kenderaan sendiri memasuki pulau ini tanpa sebarang kawalan, ada juga pelancong yang datang hanya untuk membeli-belah dan pulang pada hari yang sama tanpa menginap di Pulau Langkawi. perkhidmatan feri dan kereta sewa tidak diperlukan kerana mereka sedia ada mempunyai kenderaan sendiri. Sudah tentunya pencemaran alam sekitar akan bertambah kerana kemasukan kenderaan secara berterusan tanpa kawalan .

Banyak lagi jika diambil kira impak pembukaan Jambatan Langkawi ke Kuala Perlis. Pulau langkawi sememangnya sebuah pulau peranginan yang terkenal, tetapi kebanjiran pelancong hanya berlaku apabila waktu cuti sekolah sahaja. Langkah-langkah untuk mencari penyelesaian masalah ini diperlukan agar kemasukan pelancongan di langkawi adalah berterusan dan dapat memberi limpahan ekonomi kepada penduduk pulau ini. Bagi pendapat saya, keperluan untuk mempunyai jambatan antara satu usaha menarik pelancong berterusan ke pulau ini. Sudah cukup dengan cadangan Jambatan Putus Langkawi-Sanglang. Hal ini dapat mengehadkan kemasukan jumlah kenderaan dari luar ke Langkawi adalah terkawal, khidmat feri masih diperlukan, dari perspektif lain, keperluan penduduk langkawi juga dapat apabila jambatan ini dibina, sudah tentu tambang feri akan berkurangan jika dibandingkan dengan sekarang, isu tambang feri masih belum ada jalan penyelesaian kerana saban hari ianya akan meningkat mengikut tuntutan semasa.

Walau apapun, projek "Gerbang Mahsuri" ini masih di peringkat perancangan. Bukan mudah untuk merealisasikan projek ini kerana peruntukan pembinaannya bukannya hanya cukup untuk membina sebuah rumah. Ianya melibatkan berbilion-bilion ringgit. Namun begitu, kerajaann rasanya mampu untuk membinanya jika diambil kira faktor jangka masa panjang dan sebagai bukti keprihatinan kerajaan terhadap penduduk Langkawi. Kita ambil contoh, sumbangan Jambatan Pulau Pinang pada hari ini amatlah besar dari aspek ekonomi sosial dan politik penduduk di Pulau Mutiara itu pada hari ini walaupun pada peringkat awal pembinaanya terdapat tentangan kerana memerlukan peruntukan yang banyak. tidak mustahil perkara ini boleh dilaksanakan di Langkawi. Walaupun hanya sekadar "Jambatan Putus", Langkawi mampu memberi limpahan ekonomi kepada negara dan penduduknya. bukan itu sahaja, penduduk di sekitar Negeri Perlis dan Utara Kedah juga akan menerima tempias pembangunan akibat pembinaan jambatan ini jika diambil kira kemajuan Seberang Perai di Pulau Pinang pada hari ini. Oleh itu, harapan menggunung agar jambatan putus ini dapat direalisasikan dan bukan hanya sebuah cadangan di atas sehelai kertas sahaja ~ :)

Thursday, June 14, 2012

KUALA KEDAH COASTAL DEVELOPMENT MASTERPLAN






Woww . awesome kan !! inilah projek Kuala Kedah Coastal yang masih dalam perancangan oleh Kerajaan Negeri Kedah.  Secara kebetulan terjumpa projek ni besertakan lakarannya sekali.. memang gempak la projek ni. Memandangkan Kuala Kedah merupakan gerbang ke PULAU LANGKAWI, projek ini memberi tempias kepada LANGKAWI juga, kemudahan Jeti KUALA KEDAH yg First Class menjadi keselesaan untuk pelancong ke Langkawi. Harap-harap projek ini dapat dilaksanakan dengan segera :)

SUMBER : ATSA

Petua Rawatan Islam untuk Sakit Kepala

Assalamualaikum, hari ini nak kongsi sedikit petua menghilangkan rasa sakit kepala menurut Islam. Kebetulan saya pun sakit kepala sejak dua menjak ni sebab menghadapi final exam. Tertiba pula saya buka acc FB saya, terjumpa ada orang post pasal petua ini, tak salah jika dikongsi kepada anda juga. OK, sakit kepala ada 4 jenis berdasarkan gambar di bawah ini :


1. Baca Surah Al-Fatihah (1kali)

2. Baca Ayatul Kursi (3 kali)


3. Baca Surah Al-Ikhlas (3 kali)


4. Baca Surah Al-Falaq (1kali)


5. Baca Surah An-Nas (1kali)


6. Baca Surah Yaasin ayat ke-58 (3 kali)


7. Baca Selawat atas Nabi SAW (3 kali)

NOTA: Sepanjang membacanya letakkan kedua-dua tapak tangan di kepala, terutamanya pada bahagian yang sakit.


Amalkan petua ini jika anda sakit kepala, insyaallah dengan keizinan ALLAH sakit kepala pon akan hilang :)

Tuesday, June 12, 2012

I'm Coming Home - Lagu Memuja Dajjal




Assalamualaikum, post kali sekadar perkongsian sesama Islam yang menjadi tuntutan kita sebagai saudara seagama. Mengenai dunia hari ini yang penuh dengan anasir-anasir yang ingin menyesatkan umat Islam dari landasan asal. Mereka (kafir) sanggup melakukan apa sahaja dalam usaha menyesatkan kita. Terutama dalam Lagu-lagu yang didengar kita hari-hari. Jika ingin dikongsikan banyak lagu yang menjurus kearah penyembahan dajjal. Kalau tak sebut pun mesti korang semua tahu lagu apa, siapa penyanyinya. Post kali ini sudah terang lagi nyata liriknya mempunyai unsur-unsur pemujaan DAJJAL iaitu lagu I'm Coming Home penyanyinya ialah Diddy - Dirty Money ft. Skylar Grey. Kalau dilihat dari video lagu ni pon ada unsur-unsur penceritaan tentang bagaimana  kedatangan Dajjal itu sendiri.


Ini pula lirik lagu I'm Coming Home, harap anda semua mampu menilai lagu ini :


I’m coming home
I’m coming home
Tell the World I’m coming home
Let the rain wash away all the pain of yesterday
( dajal datang membawa hujan )



I know my kingdom awaits and they’ve forgiven my mistakes
I’m coming home, I’m coming home
Tell the World that I’m coming
 (Kerajaan dajjal menunggu dan memaafkan kesilapannya)



Back where I belong, yeah I never felt so strong
I feel like there’s nothing that I can’t try
And if you with me put your hands high
( pengikut-pengikut dajjal akan riang gembira )
If you ever lost a light before, this ones for you
And you, the dreams are for you

Another lie that I carry on
( dajjal dikenali sebagai penipuan yang besar dalam sejarah )
I need to get back to the place I belong

What if my son stares with a face like my own
And says he wants to be like me when he’s grown
Sh-t! But I aint finished growing
(semasa dajjal masih bayi, dia telah dihantar ke sebuah pulau yang kini dijagai oleh jassasah)
Another night the inevitible prolongs

But we’ve been living as friends
So you’ve been a guest in your own home
It’s time to make your house your home

“Ain’t No Stopping Us Now“
Whenever it comes on it makes me feel strong
Forgave me for all of my shortcomings
( dajjal hanya datang dalam masa 40 hari, 1 day like a year, 1 day like a month, 1 day like week and the rest day just ike our normal day )
Lot of fights, lot of scars



Akhir dunia nanti akan kering kontang, penyakit akan menyular, maka datanglah dajjal membawa hujan. Pada ketika itu orang kafir akan mengangkat dajjal sebagai tuhannya. Dan sekarang kita boleh nampak banyak sangat penyembah-penyembah syaitan (dajjal). Yahudi dan Kristian berbaik jugak adalah kerana dajjal. MasyaAllah… tak dapat nak bayangkan bagaimana kalau kita masih ada waktu munculnya dajjal….
Sedarkah kita bahawa lirik-lirik lagu yang dinyanyikan oleh sesetengah artis barat bermaksud untuk menyeru kedatangan Dajjal?
Keadaan gawat nanti ketika kedatangan dajjal.Rasul saw berpesan kpd kita agar jangan keluar rumah. Makanan & minuman saat itu hanyalah :
 سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر
Kedatangan dajjal semakin hampir tatkala manusia semakin lupa tentang bahana kedatangannya.
ALLAHUAKBAR

TUNE HOTEL bakal dibina di Langkawi

Lakaran Bangunan Tune Hotel Langkawi

Setaraf dengan bandaraya-bandaraya lain di Malaysia, Langkawi akan mempunyai Tune Hotel sendiri yang akan dibina sekitar Kedawang. Tune Hotel yang dimiliki oleh syarikat TUNE HOTEL 2 SDN BHD akan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan di Langkawi akibat kemajuan industri pelancongan di Pulau Peranginan itu.



MPLBP/OSC/KDG/60/10/KM : MPLBP/OSC/KDG/60/10/KM - PERMOHONAN PERLANJUTAN TEMPOH KEBENARAN MERANCANG BAGI CADANGAN 2 BLOK BANGUNAN KOMERSIAL 4 TINGKAT MENGANDUNGI BILIK HOTEL (243BILIK) DAN PLOT PERNIAGAAN DAN PERMOHONAN UBAH JENIS KEGUNAAN TANAH DARIPADA PERTANIAN KEPADA HOTEL , DI ATAS LOT 2085 , MUKIM KEDAWANG , DAERAH LANGKAWI , KEDAH DARUL AMAN. oleh TUNE HOTEL 2 SDN BHD. di Majlis Perbandaran Langkawi Bandaraya Pelancongan

Apa yang Korang Pernah Buat ketika Zaman Kanak-Kanak

 
Ingat x benda nie??

1-Kat skola ade salesman jual buku cerita. Hari ni bg list, esok mintak duit kt parents nk beli walaupun cerita buku tu dah tau.

2- Salesman jual air vitagen/susu pon camtu gak.Mesti nak beli walaupun dah tahu mak ayah pun boleh beli jugak kat kedai...

3-Kat library, budak2 mmg baca buku tp just tengok gambar je. Tapi bile ade program Nilam, sibuk semua nak pinjam buku.Semata-mata nak penuhkan buku Nilam tu.

4- RMT kat skola mkn x best, tp yg berduit pon join RMT, x phm....

5-Pakai pensel box yg boleh bukak dpn blkg, pastu ade sharpener kat tgh2..

6-Main lwn pemadam, syg nak guna utk padam. Padahal itu fungsi sbnr, utk padam!

7- Pakai pembaris yg bergerigi,,yang kat dlm tu ade air.Pastu ade bende berkilat dlm air tu...

8- Cikgu pakai pembaris kuning panjang. Ade pemegang kat tgh2 tp x pernah nmpk cikgu pegang pn kat situ.

9-Bulu ayam jd ramping sebab sering dijadikan rotan.

10-Datang sekolah awal2 pagi,,pastu pinjam buku kawan sbb takot kene cikgu denda kalau x siap kerje sekolah.Mase tu mula lah tulisan macam cakar ayam!

11-Selalu je kene berdiri kat atas kerusi,x pun kat luar kelas sebab x buat homework.

12- Time pendidikan seni, lukis semua boleh...Cantik plak tu. Tapi bile time warna semua hampeh. Ade gak buat anyaman pakai kertas warna, kolaj la, ape la...

13- Main game 2D. Super contra, super mario, street fighter, sume pakai tape.

14-Beli buku peraduan lekat2 digimon laa... Habis satu buku siap lekat ngn sticker,,tp x mnng2 gk.

15- Cakap x takut BCG tp lepas inject poyo la pulak... Ade yg nangis2 plak tu..

16-Balik skola beli JoJo,,tak pun beli Dendang. Tora pon best gak. Beli semata2 nak mainan, coklat die x mkn pon.

17- Kasut berlampu kat tapak, yg iklan die kat tV boleh tembak alien tu..Tapi bile dah masuk darjah 5,6,,da upgrade ke ksut brtali / kasut yg ade gtah kt dpn tu.

18- Siri kartun Dragon balls, Power Rangers, Ultraman, Ninja turtles, Thundercats, Maskman,Gaban,Doraemon,Powerpuff Girls, dan mcm2 lg. Jangan lupe semua ni sbb zaman skrg budak2 x smpt lyn bende2 ni..Asyik ngadap TV n PS je..

Kite akan sentiasa berubah, cume asal-usul kite yg permanent. huhu..Ni la baru zaman kita kawan2.. pas r kt member2 korang.... mesti diorg tersengeh2 bace mende nih

PERANCIS TUAN RUMAH UEFA EURO 2016

Logo Bidaan Perancis UEFA EURO 2016

Belum ja habis lagi EURO 2012 di Poland-Ukraine, kita dah mengetahui giliran negara mana pula yang akan menjadi tuan rumah EURO 2016.Negara tersebut adalah PERANCIS yang memenangi bidaan tuan rumah mengalahkan Turki dan Itali.

 

Logo bidaan Itali dan Turki
SUMBER : WIKIPEDIA